SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT
Showing posts with label Pena Kepimpinan. Show all posts
Showing posts with label Pena Kepimpinan. Show all posts

Sunday, 9 December 2012

Hakikat kita mengenai Palestin


Sedar atau tidak, tanah Palestin telah dijajah lebih 60 tahun, sejak tamatnya perang dunia ke-2 tahun 1945. Melihat kepada kesedaran manusia sejagat umumnya dan umat Islam khususnya, masih menampakkan sesuatu yang pincang mengenai kecaknaan kita dalam isu ini. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa kesedaran kita mengenai isu tanah suci ketiga umat Islam itu bermusim cuma. Tidak salah juga jika aku katakan kesedaran kita ibarat kitaran hidup manusia biasa. Malam tidur, siang berjaga. Kesedaran kita tidak mati, tetapi tidur. Sekali-sekala terganggu baru terjaga. Mungkin juga betul bahawa kita bukan sengaja tidur, tetapi terlena di atas keempukkan katil dengan suasana nyaman pendingin hawa sambil diulit dengan mimpi-mimpi palsu belaka. Sejarah membuktikan musuh-musuh Islam tidak pernah berhenti menghancurkan Islam dan umatnya sehinggalah hari dan saat ini. Namun, janji Allah itu pasti,

“…dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman”. (An-Nisa’ : 141)

Malahan, Rasulullah yang sangat kita rindui juga pernah bersabda mengenai kemenangan Islam satu hari nanti,

“Akan sampai urusan ini (Islam ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkanNya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan, Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan, Allah menghinakan kekufuran”, dari Tamim al-Dari.

Dalam konteks masyarakat kita masa kini, aku melihat secara jelas kitaran kesedaran ini melalui teknologi-teknologi yang kebanyakannya dicipta oleh musuh Islam sendiri. Apabila tiba masanya, sana-sini sibuk dengan “posting” mengenai Gaza, Tebing Barat dan sebagainya. Semua laman yang menyampaikan berita terkini mengenai Palestin ini dicari dan dikongsi. Ada yang menetapkan cita-cita untuk memboikot produk-produk keluaran Israel dan Amerika Syarikat daripada digunakan dan ada juga yang terus melakukan solat hajat, qunut nazilah dan sebagainya.

Mahasiswa pula yang mana dari sudut pandang komuniti adalah golongan intelek turut sama lena beradu. Ramai yang bersungguh-sungguh menyatakan hasrat untuk mengikut jejak langkah beberapa orang tokoh seperti Dr.Abdul Aziz Rantisi dan beberapa orang lagi para syuhada yang sudah aman menanti sang bidadari, Ainul Mardhiah di syurga. Berjuang di lapangan professional menetang musuh. Ya, ini juga perjuangan, menggunakan kesempatan dan kelebihan dalam bidang masing-masing untuk turut sama menyumbang kepada kemenangan Islam kelak. Namun kebanyakan daripada kita terus lena dibius ubat-ubatan ciptaan tangan-tangan si perosak.

Masa berlalu pergi, masih lagi berlalu dan terus berlalu pergi membawa bersama semangat yang berkobar-kobar itu seiring angin perkhabaran mengenai Palestin yang tidak lagi bertiup kencang. Aku tidak katakan semua, tetapi kebanyakan daripada kita, inilah hakikatnya. Mari kita sama-sama berfikir adakah perjuangan menegakkan Islam, memerdekakan tanah Palestin, menyampaikan kebenaran ini hanya sekali-sekala?

Ayuh, semarakkan ‘Malam Untukmu Gaza!’ Semoga usaha kita yang kecil ini dapat menanam kesedaran yang berterusan. InsyaAllah, akan ada ganjaran yang besar diperoleh daripada kesedaran yang berterusan.


Berubah menjadi lebih baik


*”Aku” dalam penulisan di atas adalah Setiausaha Agung KAI 2012/13, saudara Mohd Adly Arif Bin Khairuddin.

https://www.facebook.com/arifadly.khairuddin?ref=tn_tnmn

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

Tuesday, 4 December 2012

Mati itu pasti.

Bismillahirrahmanirrahim..

Mati itu kepastian. Maut itu telah tersurat. Ajal itu akan menjelma dalam sebuah kehidupan. Nyawa itu hak mutlak Allah. Takut bila tiba saat yang telah ditetapkan itu, masih belum bersedia. Nauzubillahiminzaalik. Tapi sampai bila kita akan bersedia?

Tahukah kita bagaimana keadaan kita semasa mati nanti? Tahukah kita saat roh dipisahkan dari badan itu adakah aqidah dan tauhid kita telah mantap? Detik yang menghampiri lansung tiada petanda yang diberi. Allah mengetahui setiap nyawa yang dicabut dan diberikan kepada makhluk. Dia yang mengatur dan menentukan segala-galanya.

Firman Allah:

“Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.” (Ali-Imran: 145)

Allah memberi peringatan kepada semua makhluk bahawa hidup di atas muka bumi ini tidak akan selamanya dan bukan untuk keseronokan yang sementara. Dunia hanya permainan dan senda gurau. Entah esok, entah lusa, mungkin sebentar sahaja lagi malaikat maut muncul di sisi untuk mengambil nyawa. Siapa yang tahu?

Tapi manusia hari ini ingkar. Lupa, dan menafikan kematian itu satu kepastian. Sebab-sebab kematian itu hanyalah semata-mata musabab yang Allah berikan.Sebab adalah sebagai cara Allah mencabut nyawa hambaNya. Mati kerana sakit, mati kerana kemalangan. mati kerana terkejut, itu hanya sebab. Hakikatnya nyawa tetep diambil walau dengan apa cara sekalipun.

Paling ditakuti, saat mata terlelap untuk tidur dan beristirehat, saat itu jugalah Allah menjemput roh pulang ke pangkuannya. Tidur yang disangka hanya sementara rupanya selamanya. Jika iman di dada sudah kukuh, Ya Allah, Alhamdulillah, Allah sayangkan kita, tapi jika Allah pun masih belum dikenali, apa guna kita berjumpa denganNya.

Firman Allah:

“ Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian terdapat tanda-tanda (kebesaran) bagi kaum yang berfikir”
[Az-Zumar :42]

Dan ketika mana ajal menjemput, segala yang disayangi akan kita tinggalkan dan yang hanya menurut ke dalam liang lahad hanyalah amal…Apa guna jawatan yang tinggi, apa guna lagi darjat dan harta, apa guna lagi rupa paras yang hak milikNya. Semua yang dibangga tak dapat membantu di akhirat.

Allah…… 
Engkau cabutlah nyawaku di saat iman aku padaMu membuak-buak. 

Ya Allah, 
Sesungguhnya hari kematianku telah tercatat dalam lembaran cerita kehidupanku yang hanya menjadi milikMu. 

Ya Allah, 
aku malu bertemuMu dalam keadaan diri dan hati yang penuh dengan kekotoran ini. Jemputlah aku tatkala aku bersedia bertemuMu. 

Ya Allah, 
jika mati itu baik bagiku, maka itulah yang terbaik untukku. 
Jika hidup itu pada ketika ini baik untukku, 
biarlah aku terus merasai nikmat dunia yang Engkau sediakan untuk hambaMu.


Wallahu'alam..


Nurul Sakinah binti Mohd Sofiuddin
Exco Pembangunan Insan KAI UMT
Sarjana Muda Sains Makanan Teknologi Makanan Tahun 3


KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

Saturday, 1 September 2012

Selamat Datang Mahasiswa/i Baru UMT Tahun 2012

Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera.

Masih tidak terlambat lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, dan juga Selamat menyambut Kemerdekaan yang ke 55. Alhamdulillah, sewajarnya nikmat hidup dalam keamanan ini wajar disyukuri serta di fahami kemerdekaan yang telah lama kita kecapi.

Kita sebagai manusia, hasrulah merdeka dari setiap sudut namun bukan bermakna kita meninggalkan dan melangkaui batas-batas agama yang sekian lama kita penuhi.

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Az-Zaariyat : 56)

Sungguh,
Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh, orang tak kata.

Saya mewakili barisan kepimpinan Kelab Amatur Intelektual (KAI) ingin mengucapkan TAHNIAH dan juga SELAMAT DATANG kepada mahasiswa/i baru ke Universiti Malaysia Terengganu. Selamat menjadi orang Terengganu. Selamat mendapat kenalan baru. Selamat belajar di persekitaran yang baru.

Peluang masuk ke universiti ini seharusnya di hargai oleh setiap pelajar baru yang akan mendaftar pada 2 September 2012 ini. Tarikh tersebut membuka lipatan sejarah hidup bagi seorang pelajar universiti kerana telah berjaya menempatkan diri ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Sememangnya universiti menjadi rebutan. Hanya mereka yang benar kompeten akan terus berada di universiti ini.

Ini baru langkah pertama anda. Hayatilah dengan sebaik mungkin. Tambahkan kenalan, pengalaman dan kepakaran serta kemahiran dengan bijak mengatur strategi untuk berkecimpung dalam aktiviti bukan sahaja akademik, namun keterlibatan dalam aktiviti berpersatuan dan bersosial sangat-sangat di perlukan oleh mahasiswa pada masa kini.

Kesimpulannya, persiapkan mental dan fizikal, kukuhkan kekuatan dalaman. Bersedia untuk mencoret pada diari kehidupan yang baru. Selamat maju jaya.

WE AGREE to DISAGREE

MUHAMMAD RAIMI BIN ABDUL RAUF
Presiden,
KAI UMT



KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

Wednesday, 8 August 2012

ANUGERAH KHAS DI AKADEMI RAMADHAN: LAILATUL QADR

Assalammualaikum…



Alhamdulillah..pejam celik pejam celik, akhirnya kita sudah pun menghampiri semester terakhir iaitu  10 hari terakhir pengajian di Akademi Ramadhan di mana semester ini dikenali sebagai fasa pembebasan dari api neraka. Bagi pelajar yang terpilih dan bernasib baik, akademi ini menyediakan anugerah istimewa sebelum menamatkan pengajian iaitu anugerah Lailatul-Qadr (Malam seribu bulan). Anugerah ini adalah anugerah yang terulung dan siapa yang terpilih dijanjikan ganjaran yang istimewa oleh pihak pentadbir.

Malam al-Qadr adalah malam yang paling utama sepanjang tahun berdasarkan firman Allah s.w.t, ertinya :

“ Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada Lailatul-Qadr. Tahukah kamu    apakah Lailatul-Qadr? Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.”
 (Surah Al-Qadr : 1-3)
Rasulullah juga memberi jaminannya :

“Sesiapa yang menghidupkan lailah al-qadar iaitu beribadah dengan keimanan dan keikhlasan serta mengharapkan ganjarannya, diampunkan dosanya yang lalu..”
                                                                                    ( Riwayat Bukhori dan Muslim)

Kebiasaannya anugerah ini  diberikan pada sepuluh hari terakhir sebelum tamatnya sesi pengajian. Oleh itu, kita disunatkan untuk mengintai anugerah khas (Lailatul-qadr) itu pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.

Namun, dinasihatkan kepada semua pelajar supaya jangan hanya menumpukan kepada satu-satu malam sahaja beribadah. Hendaklah berterusan ibadah kepada Allah setiap hari dan diberi penumpuan yang lebih kepada 10 hari terakhir Ramadhan.

TANDA-TANDA BERLAKUNYA MALAM ANUGERAH KHAS

Imam Hassan Al-Basri berkata antara tanda-tanda Lailatul-Qadr ialah
  •   Suasaana malamnya tenang, damai, tenteram, tidak panas dan tidak terlalu dingin
  •  Air laut kelihatan jernih, anjing tidak banyak menyalak, dan matahari terbit pada keesokan paginya dengan sinar putih bersih dan cahaya yang redup

Dalam Sahih Muslim dinyatakan bahawa di malam penganugerahan ini, seramai 70 000 malaikat turun dari Sidratul muntaha ke bumi.

Malaikat membawa rahmat Allah memasuki rumah serta memberi salam kepada orang Islam kecuali rumah yang mempunyai anjing, khinzir, arak, dan patung.

Malaikat akan naik ke langit secara serentak dengan sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari yang menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang.

Oleh itu, sesiapa yang menyedari tanda-tanda itu, mereka hendaklah meningkatkan amalan dan berdoa sepanjang hari sebagaimana ketekunan ibadahnya di malam hari.

Jadi, semua pelajar dianjurkan berdoa sebagaimana dikhabarkan daripada Aisyah “Ya, Rasulullah, sekiranya aku berada pada lailatul-Qadr, apa yang perlu aku buat?”

Baginda menjawab : “ Katakanlah:

Allahumma innaka afuwun tuhibbu al-afwa fa’fua’nni
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani untuk mengampun, maka ampunilah aku.)”
( Hadis riwayat Imam Ibnu Majah)

Konklusinya, dalam kesibukan belajar ilmu-ilmu duniawi, luangkanlah masa untuk memperbanyakkan amalan dan doa yang membolehkan kita meraih trofi pada malam anugerah khas yang sangat rahsia keputusannya ini. Tambahan itu, kita juga tidak dapat memastikan masihkah kita dapat bertemu dalam akademi Ramadhan tahun depan..Wallahua’lam..Sesungguhnya Akademi Ramadhan adalah hadiah daripada pencipta kepada hamba-hambaNya..

Semoga yang baik dari perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua dan dapat disampaikan kepada orang lain.

Akademi Ramadhan menuju PUNCAK TAKWA…














Siti Ainatul Mardhiah Bt Suriadi
Timbalan Presiden KAI 2012/13.

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

Saturday, 16 June 2012

27 REJAB: ANTARA TARIKH DAN PENGISIAN


Sesetengah dari kita kadang-kadang bertelagah mengatakan bahawa Isra` Mikraj  nabi bukan pada 27 Rejab namun pada tarikh-tarikh yang lain. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru namun ia telah lama di bincangkan.
Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.
Namun begitu, TEGAS ULAMA` mutakhirin, tarikh bukanlah perkara yang besar atau pun mesej yang cuba Tuhan sampaikan. Tidak ada gunanya kita bertelagah hingga berlaku perpecahan dan masam muka dek kerana tarikh perisrtiwa penting ini TETAPI apakah mesej atau pengisian dan pengajaran yang cuba di terapkan dalam peristiwa Israk Mikraj ini kita ambil maklum, hayati dan tanggapi secara terperinci atau sekadar menyambut tanpa ada apa-apa pengisian yang dapat di amalkan dalam kehidupan.
Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang Telah kami berkahi sekelilingnya[847] agar kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
Surah Israa` ayat 1
Allah merakankan dalam Al-Quran peristiwa ini untuk tatapan generasi akan datang.
Pengajaranya adalah;
1.    Mempercayai bahawa Tuhan berkuasa melakukan perkara yang memang tidak masuk akal dan tidak diterima akal namun hanya iman didada dan ilmu yang benar dapat mempercayainya.
2.    Perintah solat yang mana Allah berikan kepada Nabi SAW dengan cara menjemputnya sendiri berjumpa dengannya melambangkan betapa mulia solat itu kepada manusia.
3.    Convincing and discussing in negotiation. Nabi turun dan naik berjumpa dengan Tuhan untuk mengurangkan rakaat solat demi kemaslahatan ummat sehingga nabi berasa malu untuk berjumpa dengan Tuhan. 50----5 rakaat. Allah SWT kasih pada manusia sehingga boleh negotiate bilangan rakaat, tapi 5 ni pun kita tak mampu nak buat dan hayati.
4.     Dalam kehidupan ni, Allah cuba beri kita apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.
5.    Sesungguhnya, peristiwa keadaan syurga dan neraka yang dipertontonkan kepada Nabi adalah untuk renungan agar kita semua membuat persiapan menghadapi mati.
 
“BERSAMA MENCORAK MASA DEPAN YANG MAPAN”
Ana alfaqiru ilallah,

MUHAMMAD RAIMI BIN ABDUL RAUF
Presiden,
Kelab Amatur Intelektual
KAI UMT


KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

Monday, 7 May 2012

Sirah Nabi Bersama Ibnu Jaafar : Sirah 1.3- Pembinaan Semula Kaabah

Kaabah telah bini oleh nabi Allah sayyidina Ibrahim 'alaihissalam untuk beribadat kepada Allah. Pembinaan kaabah ini juga dapat dilaksanakan setelah berlaku beberapa persengketaan dan permusuhan dengan penyembah-penyembah berhala pada ketika itu.


Setelah beberapa lama berlalu, kaabah yang telah dibina oleh Ibrahim Alaihissalam mulai retak-retak dan pecah. banjir yang melanda merupakan salah satu penyebab menjadikan kaabah dalam keadaan retak dan pecah. Justeru itu, puak-puak Quraisy terpaksa untuk mendirikan semula kaabah daripada terus hancur. kemuliaan dan keagungan kaabah yang telah dihormati sejak dahulu lagi menjadi pendorong untuk membina semula kaabah.


Dalam pembinaan semula kaabah, berlaku pertelingkahan antara puak-puak Quraisy mengenai,puak mana yang lebih berhak untuk meletakkan batu Hajarul Al-Aswad ditempat asalnya.


Pada ketika ini,Rasullullah yang terkenal dengan sifat Al-Amin telah memberikan cadangan mengenai siapa yang patut meletakkan Hajarul Al-Aswad ditempat asalnya.Baginda meminta sehelai kain, lalu diletaknya “Hajar al-Aswad” di atas hamparan kain dan meminta setiap kepala qabilah memegang hujung kain seterusnya meminta mereka mengangkatnya, sehingga apabila sampai ke tempatnya maka Baginda sendiri sekali lagi meletakkan dengan tangan Baginda ke tempatnya yang asal, demikianlah penyelesaian masalah dengan cara yang bijak yang dapat diterima oleh semua kaum.
KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

Monday, 16 April 2012

Sirah Nabi Bersama Ibnu Jaafar : Sirah 1.2- Perniagaan dan Perkahwinan Baginda

Untuk ruangan kali ini, saya akan membicarakan tentang perniagaan baginda dan perkahwinan baginda bersama Saiditina Khadijah. Saiditina Khadijah merupakan seorang saudagar yang terkenal lagi masyhur dengan kemulian  dan budi pekerti. Nama sebenar Saiditina Khadijah ialah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusay.


Apabila Khadijah mendengar budi pekerti dan akhlak yang mulia yang dimiliki oleh baginda Muhammad, Khadijah tertarik untuk menawarkan perniagaannya kepada Baginda. Khadijah sanggup menawarkan ganjaran yang lumayan dan keuntungan yang lebih kepada baginda.


Sebagai teman, Khadijah telah menyuruh seorang budak suruhannya yang bernama "Maisarah" untuk mengiringi baginda memperdagangkan harta yang telah diamanahkan oleh Khadijah. Tawaran tersebut telah diterima dengan tangan yang terbuka oleh baginda Muhammad saw. Baginda terus berlayar ke Syam bersama -sama "Maisarah" budak suruhan Khadijah.


Dalam perniagaan baginda, baginda telah mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Sekembalinya baginda dari Syam baginda terus berjumpa dengan Khadijah dan menyerahkan segala keuntungan yang diperoleh dengan penuh rasa amanah.


Maisarah telah menceritakan segala-galanya yang berlaku di Syam semasa yang dilakukan oleh baginda. maisarah telah menceritakan apa yang dilihat dengan kepalanya sendiri dan tertawan dengan sifat yang mulia semasa menjalankan perniagaan. Peristiwa ini telah menyebabkan Khadijah tertawan dengan sifat kejujuran yang dipamerkan oleh baginda. Khadijah juga turut merasa hairan melihat keuntungan yang banyak hasil daripada keberkatan baginda.


Malalui perantaraan Nafisah binti Manbah, Khadijah telah menawarkan dirinya kepada baginda Muhammad saw untuk menjadi teman hidupnya. Tawaran tersebut telah disambut baik oleh baginda. Baginda dengan segera memaklumkan hal tersebut kepada bapa-bapa saudaranya dan mereka terus melamar Khadijah melalui bapa saudaranya 'Amru bin Asad. Perkahwinan berlangsung dengan selamatnya dan ketika itu usia baginda adalah genap 25 tahun manakala Khadijah berusia 40 tahun. Perkahwinan baginda dapat bertahan selama 25 tahun setelah Khadijah wafat. Sebelum kewafatan baginda, tidak terlintas langsung difikiran baginda untuk berkahwin dengan perempuan lain.


Allahdulillah, untuk ruangan kali ini,setakat ini saja lah kisah mengenai perniagaan dan perkahwinan baginda bersama Khadijah. Insyaallah, diruangan akan datang, saya akan memuatkan mengenai penyertaan baginda dalam pembinaan semula Ka'bah.
KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

Sunday, 26 February 2012

SIAPA TIDAK MERASA, DIA TIDAK AKAN TAHU

Bila melihat di luar jendela,
Aku melihat satu dunia yang berbeza,
Aku berdiri di sini,
Melihat kamu,
Kau berdiri di sana,
Melihat daku,
Dari lapangan yang berbeza,
Dari dimensi yang berbeza,
Sudah pasti fikiran berbeza,
penafsiran PASTI berbeza,
kerana,
siapa tidak merasa, dia tidak akan tahu.

Benar,
Apa yang kau tahu,
belum tentu aku tahu,
belem tentu aku bisa mengerti,
belum pasti aku memahami,
dan,
belum tentu,
kita…
bisa…
berjalan beriringan,
di suatu jalan, yang sama,
kerana,
siapa tidak merasa, dia tidak akan tahu.

Percayalah,
Meskipun kita berbeza,
Banyak persamaan antara kita,
Kiblat ku kiblat mu,
Kitab ku kitab mu,
Aqidah ku, aqidah mu,
Aku manusia,
Kau manusia,
Aku manusia yang berharap,
Untuk dibimbing, untuk dipimpin,
Bukan untuk menyusahkan,
Juga bukan untuk ditinggalkan,
Yang pasti,
Engkau tidak merasa apa yang ku rasa,
Engkau tidak tahu, apa yang ku tahu,
Kerana,
Hakikatnya…
siapa tidak merasa, dia tidak akan tahu.

Muhammad Raimi Bin Abdul Rauf
Naib Presiden 1 
Kelab Amatur Intelektual UMT.



KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

Sunday, 12 February 2012

Changes in life - 'turning point'


'Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,nescaya tidak akan ada pendakwah. Dan jika perkara itu berlaku maka akan jadi sikitlah orang yang akan memberi peringatan.'
[Imam Hasan Al Basri]

Saya bukanlah seorang yang arif untuk berbicara tentang penghijrahan (changes in life) dan hidayah yang Allah berikan pada hamba- hambaNya ini. Kerana itu semua dibawah kekuasaan Allah SWT. Tapi saya ingin berkongsi pendapat dengan anda berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya.

Saya bersyukur apabila melihat ramai sahabat- sahabat yang saya kenal mula berubah menjadi seseorang yang lebih baik. Saya kagum dengan mereka kerana saya tahu untuk berhijrah menjadi lebih baik bukan mudah. Ia memerlukan kekuatan yang bukan sedikit. Kerana saya sendiri pernah melalui situasi yang sama. 


Situasi dimana saya terpaksa berhadapan dengan pelbagai reaksi manusia. Situasi dimana saya terpaksa meninggalkan dosa yang sudah sebati dengan jiwa. Apabila kita berubah, bukan semua orang suka. Jadi, kekuatan diri dan sokongan sahabat- sahabat sekeliling sangat- sangat diperlukan agar kita tak terjatuh dan tersungkur buat kali kedua.

Sebab itu, bila hati kita terdetik ingin berubah, berubahlah. Jangan ditangguh. Kerana takut Allah akan menarik balik hidayah itu dari kita. Mohonlah doa pada Allah agar diberi kekuatan untuk berubah. Kalau kita risau kehilangan ramai kawan kerana perubahan kita, ingatlah kita punya Allah  Yang Maha Kuasa. Dia yang mengatur segala- galanya. Dia akan beri sahabat yang lebih baik buat kita. Percaya dan yakinlah dengan Allah.

Tapi, apabila kita sudah berubah jangan lupa untuk terus berdoa agar ditetapkan hati kita untuk terus istiqamah dijalan ini. Tidak mustahil, orang yang dah mendapat petunjuk Allah, kembali ke zaman jahiliyyahnya dahulu. Kan hati manusia ini berbolak- balik? Siapa yang boleh membolak- balikkan hati kita kalau bukan Allah? Jadi kepada Allahlah kita meminta agar ditetapkan hati untuk terus thabat dijalan yang diredhaiNya ini.

Saya sedih bila melihat ada sahabat yang semakin hanyut dengan dunia yang melalaikan ini. Bangga dengan dunia yang sementara ini. Tapi, siapa saya untuk mengeluh dengan apa yang Allah aturkan. Bukankah sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai sahabat mereka untuk membawa mereka menjadi lebih baik? Saya perlu bersama- sama mereka bukan meninggalkan mereka.

Saya percaya yang setiap manusia didunia ini akan melalui ‘turning point’ masing- masing dalam hidup mereka. Kerana kembali kepada Allah itu adalah fitrah. Saya tahu suatu hari nanti mereka akan berubah menjadi lebih baik. Siapa tahu lebih baik dari saya. Tapi, cukupkah kalau kita yang sudah faham akan hakikat ini, sekadar duduk diam dan menunggu mereka untuk berubah? Maka, sudah jadi tanggungjawab kita untuk bersama- sama memahamkan mereka. Jangan meninggalkan mereka bersendirian.


Allah SWT berfirman;
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap- tiap sesuatu. 


[Surah At-Taghaabun:11]


Shakinah Sholehuddin
Exco Tugas-Tugas Khas
Kelab Amatur Intelektual UMT 2011/12



KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

Monday, 6 February 2012

Sirah Nabi Bersama Ibnu Jaafar : Sirah 1.1 Perjalanan Nabi yang pertama ke Syam

Setelah berkenalan serba sedikit peribadi Rasullullah didalam post yang terdahulu, post kali ini akan lebih membincangkan tentang perjalanan nabi yang pertama ke Syam.

Ketika berusia 12 tahun, bapa saudara baginda, Abu Talib telah membawa baginda ke negeri Syam (Syria). Ketika mereka sampai ke suatu tempat yang dinamakan "Basra" mereka telah bertemu dengan seorang paderi yang bernama Buhaira. Buhaira merupakan seorang yang bijak mengenai kitab Taurat dan Injil. Beliau memandang Nai Muhammad.

Basra: "Budak ini anak tuankah?"

Abu Talib: "Mengapa tidak?" (oleh kerana kasihnya Abu Talib dengan Muhammad, Abu Talib menyebut baginda sebagai anaknya)

Basra: "Bapa budak ini tidak mungkin masih hidup".

Abu Talib: "Budak ini sebenarnya anak saudara aku. bapanya meninggal ketika ia masih dalam perut ibunya".

Basra: "Memang benarlah apa yang engkau katakan, semuanya telah tercatat dalam Taurat dan Injil. Disini, saya ingin nasihatkan,bawalah budak ini balik sebab kalau ternampak oleh orang-orang yahudi mereka akan mengancam nyawa anak saudaramu ini kerana anak saudaramu ini akan membawa suatu perkara yang besar dan agung dimasa akan datang".

Maka, Abu Talib bersegeralah membawa baginda Muhammad pulang semula.

Menjelang era kedewasaan baginda, baginda telah diajar dengan mengembala kambing penduduk-penduduk Mekah. Dalam era kedewasaan ini, baginda telah dijaga dengan rapi oleh Allah swt. Baginda tidak pernah menyeleweng seperti pemuda-pemuda yang terbuang dengan amalan-amalan jahiliyah. Suatu peristiwa dicatatkan bagaimana Allah telah menjaga baginda melalui mafhumnya:


"Di suatu hari aku menternak kambing bersama dengan seorang pemuda lain, dimana aku telah meminta dia untuk melihat kambing-kambingku sementara aku ingin pergi melihat-lihat di Kota Mekah. Pemuda tersebut bersetuju. Sewaktu sedang berjalan-jalan di Kota Mekah, aku mendengar permainan lantas aku bertanya bunyi apakah itu. orang memberitahuku bahawa itulah majlis keramaian dan pesta. Aku telah duduk mendengar tetapi Allah telah menulikan telingaku menyebabkan aku terlena dan aku tejaga semula bilamana sinaran matahari memancar ke mukaku. Aku pulang serta merta dan menemui sahabatku dan menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku. Di malam yang seterusnya,aku meminta izin sekali lagi untuk ke Kota Mekah, dan perkara yang sama berlaku ke atas diriku. Lepas itu,aku tidak mencuba lagi".

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

Wednesday, 1 February 2012

Sirah Nabi Bersama Ibnu Jaafar : Sirah 1.0-keputeraan Nabi Muhammad


Alhamdulillah,setelah mendapat bahan bacaan yang sesuai, suka untuk saya berkongsi pembacaan saya mengenai sirah kenabian kepada umum. Semoga kita dapat mengambil ibrah daripada sirah nabi ini. Berdoalah agar saya istiqamah dalam menyebarkan ilmu ini.


Nasab keturunan nabi adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Abdul Mutalib juga dikenali sebagai Syaibah Al-Hamd bin Hashim bin Abdul Manaf. Nama Abdul Manaf ialah Al-Mughirah bin Khusai. Nabi telah dilahirkan dalam kabilah Quraisy yang telah mendapat kemulian dan penghormatan disebabkan hubungan mereka dengan Rasullullah dan tak boleh disangkal lagi. Manakala, ibunya bernama Aminah binti Wahab binti Abdul Manaf.

Baginda dilahirkan pada 12 Rabiulawal pada tahun gajah. Difahamkan, pada tahun tersebut, tentera Abrahah Al Asyram telah melanggar masuk ke kota Mekah untuk menawan dan memusnahkan ka'abah. Namun Allah Maha Berkuasa. Dengan hanya menghantar sekumpulan burung yang diberi nama Ababil telah memusnahkan tentera Abrahah.

Baginda adalah yatim sejak dilahirkan dimana baginda telah kehilangan ayahnya ketika baginda masih 2 bulan didalam kandungan. Setelah ibu baginda meninggal dunia,iaitu ketika nabi berusia 6 tahun, baginda dijaga oleh bapa saudaranya iaitu Abdul Mutalib yang kemudiannya disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib (Halimatul Sa'diyyah) yang dari golongan puak Sa'd Bakr. Mengikut pendapat ahli sirah, di perkampungan kaum Sa'd ini telah berlakunya kemarau yang sangat dahsyat sebelum kedatangan baginda yang telah merubah semuanya. Inilah antara mukjizat awal yang datangnya daripada baginda. Difahamkan, sebelum kedatangan baginda, tanah diperkampungan ini adalah kering kotang kerana kemarau yang telah lama berlaku. Setelah kedatangan baginda, hujan mulai turun walaupun ketika musim kemarau. Ini merupakan suatu keberkatan yang ada pada baginda yang dapat dirasai oleh orang yang berada disekeliling baginda.

Ketika berusia 5 tahun, baginda telah dibedah dadanya untuk disucikan oleh malaikat Jibrail. Ketika itu baginda bersama dengan puak Sa'd. Peristiwa pembedahan ini telah disaksikan oleh sekumpulan kanak-kanak yang bermain bersama baginda. Jibrail telah mengeluarkan seketul darah sambil berkata "ini adalah sasaran syaitan". Semua kanak-kanak sepermainan baginda berlari mendapatkan Halimah dan mereka pantas meluru ke arah Muhammad dan mendapati baginda dalam keadaan pucat dan lesu.

Insyaallah,pada post akan datang, saya akan kongsikan lagi coretan lain mengenai sirah nabi

*sumber rujukan Fiqh Al-Sirah karangan Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti 



Ibnu Jaafar a.k.a Ahmad Firdaus Bin Jaafar

Exco Sukan dan Kebudayaan KAI 2011/2012

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

Sunday, 1 January 2012

SAFWAN ANANG: TINDAKAN YANG MEMBABI-BABI

Universiti bukan sekadar kilang mencetak sijil tetapi tempat orang muda menuntut ilmu berfikir secara berdikari. Itulah frasa yang kita semua tahu bahawa hakikat university itu pada maknanya adalah tempat untuk belajar. Masih ingatkah kita akan kata-kata Prof Ungku Aziz, Belajar sambil mencabar, ... bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar..". Kata-kata ini yang kita sematkan.


Namun demikian, peristiwa malam tadi di Tanjung Malim merupakan satu penghinaan bagi golongan mahasiswa. Apa yang saya analisi mereka hanya hadir ke sana untuk menyatakan sokongan dan rasa keizzahan untuk sahabat perjuangan. Mengapa mereka di belasah dan dilayan seperti binatang?

Cuba bayangkan jika adik atau anak kita diperlakukan seperti begitu. Cuba kita tanya sialan ini kepada orang yang memukul saudara Safwan Anang, semestinya dia sendiri pun tidak tahu untuk jawab apa. Tindakan kejam lagi tidak berotak.

Saya mewakili saf kepimpinan dan Kelab Amatur Intelektual KAI UMT mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa yang membelasah dan menahan 17 mahasiswa.


Mengapa mereka yang berpelukan di taman-taman bunga tidak di tangkap?

Mengapa mereka yang minum arak dan menodai anak-anak Melayu kita dibiarkan?

Mengapa mereka yang berpeluk tubuh diam membarkan agama kita di kambing hitamkan dan di persenda temehkan dibiarkan?

Tidak di tangkap? Tidak dibelasah?

Orang yang berani adalah orang yang berlawan dengan lawan yang sama kekuatan.

Tindakan Bacul lagi pengecut. Badan mahasiswa di ratah. Wajahnya di robek. Anda mahu diam? Lu fikrlah sendiri. 


Muhammad Raimi Bin Abdul Rauf
Naib Presiden 1 
Kelab Amatur Intelektual UMT.

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

Sunday, 18 December 2011

KAHWIN GAY : ARIFF ALFIAN, BIADAP PADA AGAMA DAN BANGSA!

Berita mengenai seorang Melayu yang berkahwin dengan seorang yahudi telah tersebar luas. Sungguh pun begitu, apakah kita sedia maklum akan perkara ini? KAI mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ariff berkahwin dengan lellaki yahudi. Perbuatan tersebut memalukan dan menghina agama dan bangsa. Apakah dia tidak merasai sedikit malu dengan memakai baju melayu dan tanjak di kepala sambil berkucupan dengan lelaki yahudi? Ini soala maruah bangsa yang di persenda temehkan! Biadap!

Satu kenyataan dan gambar yang dihantar ke Twitter oleh Aysha Ridzuan telah mencetuskan kontroversi kerana mendedahkan seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS yang telah berkahwin. Berkahwin bukan masalah, tetapi Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di’khabarkan bernamaJonathan di Dublin, Ireland. Ariff Alfian Rosli yang sedang belajar di University College Dublin sebelum ini telah di’khabarkan hilang oleh ahli keluarga. Hilang dalam dunia gay.

Tergamam sekali. Berkahwin tidak salah, yang salahnya apabila berkahwin dengan jantina sejenis. Jangan la jadi seperti kaum Nabi Lut yang diazab kerana melampaui batas. Semoga Ariff Alfian Rosli kembali ke pangkal jalan dan terbuka hatinya untuk bertaubat kepada

Allah SWT. Ingatlah gay itu dosa besar. Tapi sebesar-besar dosa gay itu pun, asalkan bukan dosa syirikkan Allah, masih ada ruang lagi untuk bertaubat.

 
OMAR MOKHTAR MUSTAFA
Presiden,
Kelab Amatur Intelektual, 
UMT


KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

Monday, 12 December 2011

KEPIMPINAN: SATU KENANGAN

Kelab Amatur Intelektual UMT (KAI UMT) tahniah atas saf kepimpinan BADAR UTeM yang akan bermesyuarat agung dan akan digantikan pimpinan baru pada masa akan datang. Sebagai seorang shabata dan rakan pimpinan syaa mengucapkan tahniah kepada kepimpinan badar UTeM yang mana telah memegang tampuk pemerintahan selama setahun.

Yang pastinya setahun ini kalian mencorak dan mewarnakan kain biah utem dengan tatarias islam yang syumul. Biarpun menghadapi beberapa rintangan dan cabaran, anda mampu melakukan yang terbaik. Adat dalam berorganisasi, kita tidak dihamparkan dengan permaidani merah tapi bertemankan darah dan parah.



Sungguh pun begitu sahabatku, apa yang di pelajari harap di sematkan dalam dada dan dapat membantu pimpinan yang baru dengan penuh kasih dan sayang dlaam mengajar apa yang mereka tidak ketahuan. 

Kepada pimpinan baru, teruskan legasi pimpinan yang lepas, dalam terus menambah dan mencorak dengan lebih gagah biah utem dengan nafas islam yang baru lagi segar agar mahasiswa-dan mahasiswi merasa helaan nafas tersebut. Moga kalian tabah.



TAHNIAH PIMPINAN YDP ABDUL RAHMAN IDRUS,
TAHNIAH DAN TAKZIAH PIMPINAN BARU
MEMBUJUR LALU, MELINTANG PATAH


MUHAMMAD RAIMI BIN ABDUL RAUF
Naib Presiden 1,
Kelab Amatur Intelektual
UMT

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

Tuesday, 6 December 2011

Siapa yang ambil berat pada saya ye?


Kadang-kadang ada orang tu, selalu marah kita…
Dia kata…
Kita ni tak ada perasaan…
Tak menjiwai dirinya…
Tak menyelami perasaannya…
Tak merasa apa yang dia rasa…
Tapi…
Saya nak tanya…
Siapa yang ambil berat pada saya ye?

Biasanya…
Kita selalu diberi amaran…
Kata kawan kita…
“kau baik-baik sikit, aku ni sensitif”…
Entah apa-apala kau ni…
Tak matang langsung…
Tapi…
Saya nak tanya…
Siapa yang ambil berat pada saya ye?

Ada kawan…
Yang memahami…
Ada juga…
Yang membenci…
Tak boleh terima sikap kita…
Perlu utamakan diri dia dulu…
Dia mesti di utamakan…
Berbanding kita…
Tapi…
Saya nak tanya…
Siapa yang ambil berat pada saya ye?

Yang menuduh…
Yang menabur fitnah…
Yang mencemuh…
Yang mengata…
Semuanya ada…
Semuanya cakap belakang…
Bila berdepan bukan main lagi…
Macam lah kita ni sampah…
Macam lah dia sahaja yang betul…
Tapi…
Saya nak tanya…
Siapa yang ambil berat pada saya ye?

Kawan-kawan…
Mungkin ada yang tak tahan…
Tak kurang juga yang `demand`…
Minta itu minta ini…
Kata itu kata ini…
Pada kita…
Pada saya…
Macam saya seorang sahaja yang buat masalah…
Tak Nampak baik pun pada saya…
Yang Nampak gelap gulita…
Busuk melantun…
Kusam dan kelam…
Tapi…
Saya nak tanya…
Siapa yang ambil berat pada saya ye?
Siapa yang kisahkan saya ye?
Siapa yang ambil peduli akan kehidupan saya ye?
Siapa yang nak bersama saya ye?
Adakah kata-kata antum sekadar puitis?
Inikah dia janji antum?

Tidak mengapa…
Saya sedar…
Siapalah diri ini…
Yang faqir dan hina…
Yang penuh dengan nista…
Siapa yang ambil berat pada saya ye?
-yang mengharapkan ampunan Tuhannya..
Raimi Al-Melakawi  Al-Banjari

Muhammad Raimi Bin Abdul Rauf.
Naib Presiden 1 Kelab Amatur Intelektual
Universiti Malaysia Terengganu.

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION