SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Wednesday 26 October 2011

Gagah Tapi Tidak Bengis, Lembut Tapi Tidak Lemah, Pemurah Tapi Tidak Boros, Genggam Tapi Tidak Bakhil”

 ayuh ,kita renungkan...
 “Gagah tapi tidak bengis" bermaksud setiap manusia perlu menghargai kesihatan tubuh badan agar dapat berkhidmat dengan tenaga dan minda yang sihat. Justeru, sekalipun seseorang diberi kuasa, namun tidak wajar sewenang-wenangnya menunjukkan sifat bengis kepada sesiapa.
“Lembut tapi tidak lemah” adalah sikap bijaksana Rasulullah yang mendidik seseorang itu agar menunjukkan kelembutan serta kesantunan adab supaya tindak-tanduk disenangi oleh orang ramai. Namun, kelembutan tidak wajar disalahgunakan sehingga dilabel pula sebagai seorang yang lemah.
“Pemurah tapi tidak boros” juga merupakan sifat ihsan Rasulullah yang mengajar manusia agar sama-sama memanfaatkan nikmat jawatan, gaji serta keistimewaan yang diperolehi melalui sedekah kerana ianya menambah keikhlasan serta keberkatan. Namun, sifat pemurah tidak wajar diselewengkan sehingga mengundang pembaziran.
“Genggam tapi tidak bakhil” bermaksud, sesiapa yang diberi kuasa hendaklah menjaga amanah dengan kawalan yang bijaksana. Namun jangan sampai bersikap haloba serta bakhil sehingga tidak menunaikan perkara yang sepatutnya ditunaikan.
 Laksanakanlah perkara yang betul pada setiap masa dan tempat. Maka itulah Integriti.”

EXCO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
KELAB AMATUR INTELEKTUAL, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU


KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: