SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Wednesday 9 January 2013

KAI Cakna : Ziarah Pelajar UTeM Mangsa Kemalangan Jalanraya


Assalamualaikum w.b.t. dan segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih serta selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.aw. Alhamdulillah, selamat sudah penziarahan daripada beberapa wakil Kelab Amatur Intelektual (KAI) UMT buat pelajar UTeM yang terlibat di dalam kemalangan  6 Januari 2013 yang lepas di Melaka iaitu Tasnim bt Kamardin @ Kamaruddin, Wan Norsolehah bt Gaberan, Azizue Hasnie bt Abd Zubair dan Siti Hajar bt Ahmad Sabir.

KAI yang diwakili saudara Muhammad Raimi bin Abd. Rauf(Presiden), Muhammad Fadhil bin Mohammad Isa(Exco Perhubungan Luar & Diplomatik), Ahmad Lutfi bin Ahmad Tajodin(Exco Penerbitan & Multimedia) dan Mohammad Nazri bin Haris(Exco Ekonomi & Keusahawanan) hadir ke hospital dan sempat berbual bicara bersama ibu bapa kepada saudari Siti Hajar dan ayah kepada saudari Tasnim. Siti Hajar yang menjalani pembedahan bermula jam 2.00 petang 8 Januari itu tamat pada pukul 6.00 petang, dan Alhamdulillah keadaan Siti Hajar berada dalam kondisi yang baik. Wakil KAI diberi peluang untuk melihat sebentar keadaan Siti Hajar selepas pembedahan  dengan keizinan ibunya.

Walaupun keadaan Siti Hajar dalam keadaan stabil, ibu bapanya berkata kepada kami,

” Kalau boleh,sentiasalah doa dan solat hajat untuk anak pak cik ini ”,katanya.

Kutipan derma kilat yang dibuat dalam kalangan ahli KAI diserahkan kepada ayah mangsa iaitu Encik Ahmad Sabir, bagi mengurangkan sedikit sebanyak kesulitan yang dialami keluarga beliau. Bagi dua mangsa lain yang juga ahli BADAR UTeM iaitu Tasnim Kamardin telah pulang ke rumahnya di Kelantan semalam, manakala Azizue Hasni telah dibawa pulang ke rumahnya di Terengganu, selepas permohonan kepada pihak Hospital Melaka dibuat.

Sebagai penutup, mari sama-sama kita mendoakan kesejahteraan buat sahabat-sahabat kita ini,semoga diberi kekuatan dan ketenangan buat diri mereka,dan juga keluarga mereka. Wallahualam.









Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)




KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: