SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Thursday 20 March 2014

ISLAM DAN HIBURAN

" Ahmad suka bermain bola "
" Siti suka mendengar lagu "
" Zainal suka berjenaka bersama rakan-rakan "
" Azhari suka bemain permainan gadjetnya "

Perkara-perkara seperti di atas merupakan antara perkara kebiasaan yang menjadi hiburan masyarakat hari ini. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimanakah keterbukaan Islam yang sebenarnya terhadap segala perkara hiburan yang menjadi kebiasaan masyarakat hari ini ?

Bagi masyarakat awam seperti kita pada hari ini, sudah pastinya hiburan menjadi satu penghibur hati yang mampu mengembalikan kecergasan badan yang malas, memulihkan perasaan yang sedang berduka, menceriakan jiwa yang kebosanan dan membangkitkan semangat yang kian luntur.

Lumrah kehidupan manusia sememangnya memerlukan hiburan bagi kehidupannya. Islam tidak pernah mengekang penganutnya daripada berhibur kerana terdapat khilaf ulama yang membenarkan dan sebaliknya. Keterbukaan yang dianjurkan Islam sememangnya tidak terlepas daripada panduan Al Quran dan As Sunnah yang menggalakkan kesederhanaan dan melarang melampau-lampau.

Hiburan perlu dikawal jika kita tidak mampu menyeimbangkan dengan ilmu agama dan ibadah. Umpamakan hiburan seperti air kopi dan ilmu agama dan ibadah sebagai air putih. Jika satu gelas itu diisi dengan sedikit air putih, maka lebih banyak ruang akan dapat diisi jika kita menuang air kopi ke dalamnya. Sebaliknya jika banyak air putih di dalamnya, sudah tentu sedikit saja ruang yang ada untuk diisi dengan air kopi.

Keutamaan hiburan dalam Islam bergantung atas situasi diri kita. Jika pada saat itu kita hendak solat, maka aulanya (keutamaan) adalah kita mendahului perkara-perkara ibadah berbanding hiburan. Sebaliknya jika kita hendak bersukan, kita boleh mendahulukan hiburan. Contohnya, antara memasang lagu dan bacaan al quran ketika hendak bersukan, sudah pastinya kita melihat pada saat itu lagu lebih sesuai dimainkan.

Saidina Ali bin Abi Talib r.a. berkata, “Hiburkanlah hati dan carilah untuknya hikmah-hikmah yang menarik kerana hati juga bosan seperti badan yang keletihan.”

(Rujukan : Ust Don Daniyal, Dr Yusof Al Qaradhawi)

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

Friday 14 March 2014

TIPS MENGHADAPI FINAL EXAM





KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

PENENANG JIWA

Insan itu terdiri dari dua elemen utama iaitu zahir (fizikal) dan batin (rohani). Tubuh manusia terbentuk pada saat bertemunya sel telur dan sel mani yang dipengaruhi oleh energi dari fikiran, perbuatan, makanan dan suhu. Interaksi keempat-empat energi ini akan menghasilkan getaran neutral, positif dan negatif. Getaran ini memberi pengaruh pada badan Jika getaran negatif mendominasi seseorang itu maka kesihatan seseorang itu akan terganggu.

Kaedah Terapi Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri secara Islam merupakan kaedah membebaskan ikatan atau bebanan emosi dan psikologi dengan pantas tanpa ubat atau terapi yang berpanjangan. Menggabungkan teknik-teknik khusus praktikal dan terbukti berkesan ianya telah terbukti begitu berkesan apabila mereka yang menjalaninya mengalami perubahan emosi yang positif, mengembalikan kekuatan diri serta berjaya dalam kehidupan.

Kaedah Terapi Pembersihan Dan Mengembangkan Potensi Diri yang kami kembangkan melalui Teknologi Al-Quran dan Asma Al-Husna adalah kaedah termudah, terpantas dan praktikal untuk mengembangkan getaran positif agar dapat digunakan untuk pelbagai hajat dan penyelesaian kepada pelbagai masalah.




Ianya adalah satu proses rawatan dengan mengalirkan gelombang ayat-ayat al-Quran ke dalam minda dan jiwa individu yang menjalani Terapi Pembersihan ini. Getaran dan gelombang serta 'nur' dari ayat-ayat ini bertindak menyingkirkan perkara-perkara negatif individu yang dirawat. Dengan itu perkara-perkara yang positif dapat dikembangkan.

Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)




KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

~SUKAN DAN KEBUDAYAAN DALAM ISLAM~

Islam adalah agama yang syumul. Semua umat islam tahu, tapi tidak semua umat islam yang benar-benar mendalami kesyumulan islam itu sendiri. Tak gitu ??

“TEPUK DADA TANYA IMAN”

Sukan dalam islam.. 

     Muslimin mahu pun muslimah tidak perlu fikir apa yang bakal dihadapi bila berhadapan dengan atlet-atlet yang sedang bersukan tapi tak mengikut syariat islam. Bersukanlah sahabat!! Allah sangat sukakan hambaNya yang menjaga hak badan agar sentiasa sihat… Ada sebab kenapa..

    Kerana memudahkan kita untuk beribadat kepadaNya dan memudahkan kita untuk kenal lagi ramai umat Nabi Muhammad SAW untuk membina ukhuwah.. bnyak lagi nikmat lain sahabat kenapa sukan penting dalam ISLAM..

     Budaya sukan sekarang memang amat berbeza dengan syariat ISLAM sendiri terutama dari segi undang-undang permainan dan cara pemakaian. Dengan kata lain pengaruh barat berjaya menguasai bidang sukan nie. Mana perginya sukan yang berpandukan syariat ISLAM?? Langsung tidak dititikberatkan.

BANGKITLAH WAHAI DAIE..
Memang kita muslimin berseluar panjang ketika sukan ganjil dari atlet yang tidak menjaga auratnya (tapi tidak semua atlet tidak menjaga). Ada sahabat, umat islam yang bangkit bersukan mengikut budaya dan syariat islam yang dituntut malah berjaya seperti MATRI (Ma’had At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah).

BANGKITLAH WAHAI MUSLIMAH..
Memang kita berbaju dan bertudung sentiasa.. mahupun bersukan. Walaupun dipandang pelik oleh sesetengah orang, INGAT IKHWAH & AKHOWAT yang kita bawa adalah ISLAM.. endah anggapan manusia, biar dipandang Allah kita adalah yang terbaik..

Daie.. majulah dalam bidang mu..

Jadikan sukan sebagai tempat untuk melebarkan dakwahmu. Ingat sukan bukan hobi bagi kita umat islam tapi jadikan ia sebagai wasilah untuk memantapkan hobi mu yakni “berdakwah”. Islam akan lebih dikenali bila kita bawa islam kelapangan masyarakat.. biarlah walaupun dirimu berasa asing..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLxQb3tvHcLLq6mM35yiUoXh-ChlFi3lxB9hdzSZKofTn4mSNkIyoaHWNSW_aUBBnZrP6zFB50HzgEtEk4dR5EbybbUUxEy89jlNwswVyjaJSQCiG59G4qwuFKbjFupGDDwmtrUDyiX6TY/s1600/kuda.jpg


Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihiwasallam bersabda:

بَدَأَالْإِسْلَامُغَرِيبًاوَسَيَعُودُكَمَابَدَأَغَرِيبًافَطُوبَىلِلْغُرَبَاءِ
 
“Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasingkan itu.” (HR. Muslim no. 208)

Hadis ini adalah salah satu di antara tanda-tanda kenabian karena mengandungi pengkhabaran tentang sesuatu yang akan terjadi. Dimana Nabi shallallahualaihi wasallam mengkhabarkan bahwa sebagaimana Islam awalnya datang dalam keadaan asing di kalangan kaum musyrikin Makkah, maka demikian pula dia akan kembali menjadi asing bahkan di kalangan penganut agama Islam itu sendiri.

p/s: tajdid niat kita. kita bersukan bukan untuk memperolehi gelaran ‘atlet’ tapi untuk berdakwah kerana ALLAH itu yang ingin disampaikan agar redhaNYA sentiasa bersama kita. waallhua’lam.


KAI UMT-NURTURING YOUR VISION