Sehubungan dengan Hari Wanita 2013 pada hari ini 25 Ogos 2013, tema "Respek Wanita: Masyarakat Sejahtera" telah dipilih. Menurut Menteri Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, tema bagi program kali ini merupakan usaha Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat bagi mengurangkan kadar jenayah terhadap wanita sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW).
“Tema tersebut bukan hanya tertumput kepada soal menangani keganasa, diskriminasi dan penindasan terhadap wanita tetapi turut merangkumi pelbagai aspek hidup seperti ekonomi sosial dan politik kerana dalam setiap aspek ini wujud peranan awnaita yang perlu dihormati,” katanya.
“Tema tersebut bukan hanya tertumput kepada soal menangani keganasa, diskriminasi dan penindasan terhadap wanita tetapi turut merangkumi pelbagai aspek hidup seperti ekonomi sosial dan politik kerana dalam setiap aspek ini wujud peranan awnaita yang perlu dihormati,” katanya.
Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh
Women´s Aid Organisation dan Survey Research Malaysia (WAO/SRM) pada tahun
1992, mendapati bahawa sebanyak 39 peratus daripada wanita di negara kita telah
menjadi mangsa keganasan. Angka ini meningkat pada tahun 1995 kerana
berdasarkan laporan polis sebanyak 1409 kes keganasan terhadap wanita telah
dilaporkan. Angka ini terus meningkat kepada 5477 dengan kenaikkan sebanyak 388
peratus, pada tahun 1997 walaupun Akta Keganasan Rumahtangga telah
dikuatkuasakan sepenuhnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan terhadap wanita?
Berdasarkan Deklarasi Mengenai Penghapusan
Keganasan terhadap Wanita oleh PBB pada 1993, keganasan terhadap wanita
ditakrifkan sebagai sebarang bentuk keganasan berasaskan gender yang
mendatangkan kesan atau boleh memberi kesan kerosakan atau penderitaan secara
fizikal, seksual atau mental.
Women´s Aid Organisation memberikan
tafsiran keganasan terhadap wanita dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang
menganiayai wanita dan kanak-kanak dalam pelbagai cara, semata-mata kerana
wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan lelaki.
Keganasan terhadap wanita ini meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas
dan budaya.
Ia termasuk ancaman seperti tindakan,
paksaan atau perlucutan kebebasan dengan sewenang-wenangnya, sama ada berlaku
dalam kalangan khalayak atau dalam kehidupan persendirian seseorang. Keganasan
yang dimaksudkan itu juga merangkumi seksual dan psikologi, termasuk memukul
atau melakukan kekerasan dan penderaan seks yang dilakukan terhadap
kanak-kanak. Bukan setakat itu saja, ia juga membabitkan keganasan bukan
dilakukan oleh pasangan suami isteri, eksploitasi, ancaman di tempat kerja dan
di institusi pendidikan.
Berikut ialah bentuk penderaan terhadap wanita:
1. Penderaan Psikologi dan Emosi - Ugutan,
penghinaan, menjatuhkan maruah wanita yang meninggalkan kesan buruk sama
seperti kecederaan fizikal kerana membahayakan nilai harga diri dan perasaan
wanita dan keupayaan beliau untuk mengawal kehidupan sendiri.
2. Penderaan Fizikal - Memukul, menumbuk,
menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang
dan menggunakan senjata adalah antara contoh jelas penderaan seumpama ini.
Menghalang untuk mendapat keperluan asas seperti makan, minum, tidur dan juga
tempat perlindungan adalah termasuk dalam bentuk penderaan fizikal.
3. Penderaan Seksual – Memaksa melakukan
atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau
menyakiti wanita ketika melakukan hubungan juga dikategorikan sebagai penderaan
seksual.
4. Penderaan Sosial – Penderaan bentuk ini
sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering didorong untuk bergantung
kepada pasangan masing-masing dan diasingkan daripada mendapat sokongan luar.
5. Penderaan Kewangan – Seseorang wanita
yang dihalang daripada mencari pekerjaan dan tidak dibenarkan membuka akuan
bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri. Malah tidak dibenarkan mengawal
wang mereka dan wang yang diperolehi akan dikawal oleh orang lain serta
terpaksa bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan keperluan asas.
Kesimpulannya, semua pihak memandang serius
isu ini dengan mengambil pelbagai langkah sebagai usaha mencegah dan mengatasi
masalah ini termasuklah penguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan
program-program kesedaran serta pengukuhan institusi kekeluargaan itu sendiri.
Ianya bertujuan meningkatkan kesedaran kaum
wanita terhadap hak dan kepentingan diri sendiri, seterusnya menguasai
pengetahuan yang membolehkan wanita mengatasi rintangan, melindungi diri serta
mengembangkan skop kehidupan mereka.Hal ini secara tidak langsung dapat
menggerakkan semua ahli masyarakat terutama wanita agar turut menyumbang tenaga
serta idea kepada usaha untuk membanterasnya.
Bahagian Bimbingan dan Kaunseling
diwujudkan bertujuan untuk membantu wanita yang menghadapi pelbagai masalah
termasuk menentang sebarang bentuk keganasan.
Segala aduan mangsa keganasan akan
disalurkan kepada jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM), Biro Bantuan Guaman dan Polis Diraja Malaysia untuk siasatan dan
tindakan selanjutnya.
Justeru, apakah yang boleh kita lakukan?
Kita perlu mempuyai ilmu dan pengetahuan
yang luas mengenai keganasan terhadap wanita melalui bacaan atau menyertai
kumpulan tertentu yang memperjuangkan nasib wanita.Kita juga perlu menyokong
kempen kerajaan untuk menggubal undang-undang yang efektif bagi mengatasi
keganasan terhadap wanita.Seterusnya ialah memberi khidmat dan bantuan sebagai
sukarelawan dengan menyumbang tenaga dan masa anda di pusat krisis.
Bagi kaum lelaki pula perlu mengawasi
tingkah laku serta memupuk rasa hormat terhadap wanita.Mulakan dengan wanita di
sekeliling kamu - ibu anda, adik, kakak, kawan atau rakan sekerja.Jangan
membuat jenaka yang menjatuhkan maruah wanita terutamanya terhadap mangsa
rogol. Kita juga sewajarnya perlu menanam
nilai kemanusiaan tanpa keganasan dalam kehidupan seperti sikap pemurah,
penyabar, toleransi dan prihatin dan ia tidak bergantung pada
"gender". Selain itu, lelaki dan wanita harus belajar menghormati
antara satu sama lain dan tidak memainkan peranan dominan dan taat yang membuta
tuli.
Terakhirnya, mana-mana kaum baik lelaki
mahupun wanita, perlulah mengisi jiwa masing-masing dengan hubungan kerohanian
yang kuat dengan Tuhan supaya diri sentiasa terjaga daripada melakukan
perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan ditegah agama. Hormati dan hargailah
wanita disekeliling anda. Moga dapat dihentikan segera segala bentuk keganasan terhadap wanita dan kanak kanak sebagaimana yang sedang berlaku di Mesir , Syiria,Srilangka, plastine,Tunisia , Lybia dan termasuk dalam negara kita.
" Tangan yang menghayun buaian juga boleh menggoncang dunia. "
:: SELAMAT HARI WANITA 2013 ::
Ikhlas,
ZAIIMAH BT ROZMAN,
Naib Presiden 2/Timbalan Pengerusi ISIS,
Kelab Amatur Intelektual UMT.
No comments:
Post a Comment