SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Tuesday 25 October 2011

Mensyukuri Nikmat Sihat (Part 1)

Oleh Exco Sukan dan Kebudayaan



"Tanda syukur itulah taat, setiap tempat setiap waktu,
syukur itu dapat dilihat, pada sikap dan tingkah laku"


Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat-sahabat mahasiswa/i sekalian? Saya doakan semoga kita semua sentiasa sihat dan tidak lupa mensyukuri nikmat kesihatan yang Allah berikan ini, insyaAllah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Nikmat sihat ini seperti yang kita ketahui, merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan. Tanpa tubuh badan yang sihat, sukarlah untuk kita melakukan amal ibadat kepada Allah dengan khusyu’ dan sempurna. Aktiviti harian yang lain, pastinya akan turut terjejas apabila kita sakit. Fizikal yang sihat juga merupakan salah satu keperluan dalam mengekalkan kesihatan mental. Bak kata satu pepatah arab yang biasa kita dengari:

“Al-Aqlu Salim fil Jismi Salim”
(Bermaksud: akal yang sihat terletak pada badan yang sihat)

Lantaran itu, sebagai mahasiswa, amatlah penting bagi kita untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental, sebagai salah satu untuk usaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan pembentukan modal insan, insyaAllah.

Sahabat-sahabat,

“Al-muslimul qawi uhibbu ilallah minal muslimul dhoif”.
(Muslim yang kuat itu (lebih) disukai Allah daripada muslim yang lemah.)

Justeru, marilah kita sama-sama berusaha membina kekuatan rohani dan jasmani, seterusnya menjadi hamba yang dicintai Allah..(ameen)..

Menyedari begitu banyak kepentingan kesihatan kepada kita, saya berharap agar sahabat-sahabat (dan diri saya sendiri), akan sentiasa ingat untuk bersyukur kepada Allah yang telah menganugerahkan nikmat sihat ini kepada kita.

Sementara masih berpeluang, buktikan kesyukuran kita dengan sentiasa berzikir mengingati Allah. Amatlah rugi sekiranya kita mengabaikan peluang untuk melakukan amal ibadat ketika kita sihat. Hargai pemberian Allah ini, dengan memeliharanya sebaik mungkin. Ikuti sambungan berikutnya dalam Mensyukuri nikmat sihat (Part 2), berkenaan tip-tip menjaga kesihatan.

Sekian. Wassalamualaikum.

P/S: Orang yang menghargai kesihatan akan selalu ingat dan bersyukur kepada Allah, dan orang yang berterima kasih kepada Allah, akan berusaha menjaga pemberian Allah sebaik mungkin.


NUR KHAIRINA BINTI AHMAD SOHIMI
TIMBALAN KETUA EXCO SUKAN DAN KEBUDAYAAN
KELAB AMATUR INTELEKTUAL
UMT

p/s : sebarang komentar dan cadangan untuk penambahbaikan adalah dialu-alukan.

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

1 comment:

pengucurkeringat said...

terbaik.. sangat cool..