SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Sunday 4 December 2011

Kutiplah Pahala 10 Muharram



Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, berakhir sudah bacaan doa akhir & awal tahun hijrah di surau Al-Irfan UMT pada ahad lepas anjuran bersama oleh KAI, Ajk Surau & MKK.

Seperti yang telah mahasiswa maklumi dari kelebihan & rahsia pembacaan doa akhir tahun hijrah ini, seusai doa ini dibacakan, meraung & mengeluh kecewalah sang syaitan2 sambil berkata;

“Susahlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku m’perdaya anak cucu Adam selama setahun ini”

Oleh kerana pembacaan doa akhir tahun hijrah, maka segala pekerjaan syaitan durjana itu dibinasakan oleh Allah S.W.T pada tahun tersebut. Syukur....Alhamdulillah. 

Amalan 1-10 Muharram

Didalam kitab Amalan Awal Muharram & Hari Asyura, oleh Ustaz Hj Mohd Nazri Bin Haji Zainal Al-Hafiz, ada mengatakan tentang keterangan gurunya, seorang Ulama’ terkenal bernama Al-Allamah sayyid Ahmad Ibn Zaini Dahlan al-Hasani mengenai doa khusus dibaca 3 kali setiap hari dari 1 hingga 10 Muharram.
Menurut guru beliau, sesiapa yg membaca doa ini akan terpelihara dari gangguan syaitan; hidup dalam ketenangan, kedamaian, keberkatan & sentiasa dlm rahmat & keredhaan Allah S.W.T. 


Amalan & doa khusus pada 10 Muharram
Apabila tarikh 10 Muharram tiba, Rasulullah S.A.W akan memperbanyakkan bersyukur kepada Allah S.W.T dantidak lupa berpuasa kerana Baginda menyedari kebesaran & keberkatan 10 Muharram.
Diantara amalan sunat yg amat digalakkakn & disarankan pada tarikh ini ialah :
1.       MENGHIDUPKAN MALAM ASYURA
·         Membaca Al-Quran
·         Membaca (Laailaahaillallah) 1000 x·         Bertasbih  1000 x·         Bertahmid   1000 x
·         Bertakbir  1000 x
·         Beristighfar  1000 x
 Malam Asyura’ bermula masuknya waktu maghrib, siangnya 9 Muharram & malamnya dikira   malam Asyura’. Kelebihan : Barangsiapa yg menghidupkan malam Asyura dgn amalan2 trsebut maka akn dapat pangkat Al-Muqarrabin (org yang hampir dgn Allah).

2.       MANDI PADA PAGI HARI ASYURA
·         Kelebihan : Tidak akan kena penyakit bahaya tahun itu kecuali mati

 3.       BERPUASA ASYURA’ (10 Muharram)
·         Sebaik2 nya digandingkan puasa 10 Muharram & 9 Muharram @ puasa 10 Muharram & 11 Muharram  bagi membezakn puasa org Islam & Yahudi. Namun saranan Imam Syafi’e berpuasa pada 9,10 & 11 Muharram.
·         Dalil : http://blog.al-habib.info/id/hari-asyura-dan-puasa-muharram/

 4.       MENGERAT KUKU

 5.       SOLAT 4 RAKAAT 1 SALAM PADA WAKTUPAGI ( DHUHA )
·         Sesetengah ulama’ menyatakan niat solat sunat Mutlak & ade juga berpendapat solat sunat Dhuha

 6.       MEMBACA SURAH AL-IKHLAS 1000x
·         Kelebihan : Allah akn memudahkannya ketika mati & memandangnya dengan pandangan rahmat kasih syg di akhirat nanti

 7.       BERSEDEKAH
·         Kelebihan : Seperti bersedekah setahun pada Anak-anak adam & fakir miskin, mendapat 70 pakaian syurga. Allah akan menjauhkannya dari neraka sekadar jauh seekor burung terbang tidak henti2 dari kecil sampai mati.

 8.       BERBELANJA @ MELUASKAN ISI RUMAH
·         Diluaskan rezekinya dan disihatkan pada tahun itu

 9.       MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIM

 10.   MENZIARAHI ORANG SAKIT
·         Kelebihan : seperti menziarahi seluruh anak cucu Adam

 11.   MENZIARAHI ORANG ALIM & BELAJAR 1 ILMU DARIPADANYA
·         Kelebihan : Dapat pahala seperti kelebihan orang-orang Muhajirin & Ansar

 12.   MENYAPU RAMBUT ANAK YATIM
·     Dengan Tapak tangan dari belakang ke hadapan. Kelebihan : Diangkat darjatnya dalam syurga & diberi pahala sebanyak bilangan rambutnya diatas kepala & Allah mengurniakn sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yg disapu.

 13.   MEMULIAKAN FAKIR MISKIN
·         Kelebihan : Allah akan melapangkannya di kubur nanti

 14.   MENUNJUKKAN ORANG YANG JAHIL & SESAT
·         Kelebihan : Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

 15.   MEMELIHARA KEHORMATAN DIRI
·  Kelebihan : Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan & kemanisan beribadah




KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: