SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Monday 6 February 2012

Sirah Nabi Bersama Ibnu Jaafar : Sirah 1.1 Perjalanan Nabi yang pertama ke Syam

Setelah berkenalan serba sedikit peribadi Rasullullah didalam post yang terdahulu, post kali ini akan lebih membincangkan tentang perjalanan nabi yang pertama ke Syam.

Ketika berusia 12 tahun, bapa saudara baginda, Abu Talib telah membawa baginda ke negeri Syam (Syria). Ketika mereka sampai ke suatu tempat yang dinamakan "Basra" mereka telah bertemu dengan seorang paderi yang bernama Buhaira. Buhaira merupakan seorang yang bijak mengenai kitab Taurat dan Injil. Beliau memandang Nai Muhammad.

Basra: "Budak ini anak tuankah?"

Abu Talib: "Mengapa tidak?" (oleh kerana kasihnya Abu Talib dengan Muhammad, Abu Talib menyebut baginda sebagai anaknya)

Basra: "Bapa budak ini tidak mungkin masih hidup".

Abu Talib: "Budak ini sebenarnya anak saudara aku. bapanya meninggal ketika ia masih dalam perut ibunya".

Basra: "Memang benarlah apa yang engkau katakan, semuanya telah tercatat dalam Taurat dan Injil. Disini, saya ingin nasihatkan,bawalah budak ini balik sebab kalau ternampak oleh orang-orang yahudi mereka akan mengancam nyawa anak saudaramu ini kerana anak saudaramu ini akan membawa suatu perkara yang besar dan agung dimasa akan datang".

Maka, Abu Talib bersegeralah membawa baginda Muhammad pulang semula.

Menjelang era kedewasaan baginda, baginda telah diajar dengan mengembala kambing penduduk-penduduk Mekah. Dalam era kedewasaan ini, baginda telah dijaga dengan rapi oleh Allah swt. Baginda tidak pernah menyeleweng seperti pemuda-pemuda yang terbuang dengan amalan-amalan jahiliyah. Suatu peristiwa dicatatkan bagaimana Allah telah menjaga baginda melalui mafhumnya:


"Di suatu hari aku menternak kambing bersama dengan seorang pemuda lain, dimana aku telah meminta dia untuk melihat kambing-kambingku sementara aku ingin pergi melihat-lihat di Kota Mekah. Pemuda tersebut bersetuju. Sewaktu sedang berjalan-jalan di Kota Mekah, aku mendengar permainan lantas aku bertanya bunyi apakah itu. orang memberitahuku bahawa itulah majlis keramaian dan pesta. Aku telah duduk mendengar tetapi Allah telah menulikan telingaku menyebabkan aku terlena dan aku tejaga semula bilamana sinaran matahari memancar ke mukaku. Aku pulang serta merta dan menemui sahabatku dan menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku. Di malam yang seterusnya,aku meminta izin sekali lagi untuk ke Kota Mekah, dan perkara yang sama berlaku ke atas diriku. Lepas itu,aku tidak mencuba lagi".

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

1 comment:

Sufiana Mohamed said...

Salam...perkongsian yg bagus....namun, sy mencadangkan supaya tulisan dibesarkan sedikit...utk memudah & mnyenangkan pelawat utk membaca...TQ : Entry Terbaru : Geng Jubah