Alhamdulillah, selesai sudah forum Sabarlah Hati yang diadakan 30 Mac 2012 (Jumaat), jam 9 malam. Forum yang membicarakan soal cinta di kampus ini telah dihadiri sekitar 400 orang pelajar. Forum ini bertujuan untuk mendidik mahasiswa mengenai hala tuju cinta. Mengetahui cinta itu sifat kebiasaan bagi setiap insan, KAI telah mengajak mahasiswa UMT untuk lebih kepada pendekatan bersabar.
Antara ahli panel yang diundang adalah Imam Muda Fattah, Puan Azzajauhar Bt. Ahmad Tajuddin, penulis blog What I Learn... dan mantan pengerusi surau al-Irfan UMT, saudara Azman Bin Adnan. Forum telah dikendalikan oleh saudara Muhammad Afiq Syazwan Bin Ismail, pelajar Teknologi Maritim tahun 1.
Pengerusi majlis, saudari Zaiimah |
AJK yang menjayakan forum |
No comments:
Post a Comment