SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Wednesday 28 March 2012

Semoga cepat sembuh dan diberikan kekuatan : Berikutan kemalangan di hadapan pintu utama UMT.

Assalammualaikum...

Dalam masa kurang seminggu, dua orang ahli KAI telah mengalami kemalangan dan kes yang terbaru pada 27 Mac (semalam). Kejadian berlaku ketika saudara Adlan, pelajar Sarjana Muda Sains ( Sains Samudera) bersama rakannya, saudara Khairul Adha dalam perjalanan ke kampus UMT. Kejadian yang berlaku sekitar jam 8.30 malam itu telah menyebabkan kedua-dua mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan di wad kecemasan.



Saudara Adha masih lagi ditahan di wad manakala saudara Adlan telah dibenarkan pulang ke rumah. Saudara Adlan telah menerima 5 jahitan di buku lali sebelah kiri selain menerima jahitan di kepala dan luka di beberapa kawasan badan yang lain.


Ketika ditemui dirumahnya di Taman Desa Perwira, saudara Adlan memberitahu segalanya berlaku dengan sangat pantas. Beliau menceritakan situasi semasa kejadian di mana beliau sebagai penunggang motosikal tidak perasan akan kehadiran kereta Honda Civic yang dipandu seorang pemuda ketika ingin memasuki perkarangan universiti.




Saudara Adlan sempat mengingatkan agar berhati-hati ketika menunggang motosikal selain mengingatkan kemas topi keledar.











Pada khamis lepas, kemalangan turut menimpa Naib Presiden 1 KAI, saudara Raimi. Beliau kini berehat di rumahnya di Taman Maidam selepas retak pada jari kelingking selain luka di beberapa kawasan yang lain.



Sama-samalah kita mendoakan mereka agar cepat sembuh dan tabah dengan ujian yang melanda mereka ketika ini.
KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

1 comment:

Anonymous said...

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.

"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda,"