SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Thursday 1 March 2012

Tahniah MPP UMT : Ucapan Presiden KAI

Sekalung tahniah di ucapkan kepada barisan MPP yang baru sahaja tamat perkhidmatan. Saya mewakili warga kerja Kelab Amatur Intelektual KAI UMT mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden saudara Mohd Sufi Bin Iberahim Shah  dan barisan kepimpinan yang telah banyak memerah keringat menabur bakti menyulam jasa kepada mahasiswa UMT.

“Kepimpinan yang baik adalah kepimpinan yang dapat melahirkan kepimpinan yang lebih hebat selepas pemerintahannya”-Nelson Mandela

Itulah kata-kata yang dilaungkan oleh  Presiden Mandela ketika dia bersara dari pentas politik Afrika.

Ya. Memang benar. Semasa kita di tampuk pemerintahan, kita akan di cabar oleh 1001 ancaman, masalah, kesempitan masa, kepenatan, lelah, fitnah, mehnah dan tribulasi dan sebagainya. Perkara di atas akan mematangkan hidup kita dalam mengenali erti kehidupan yang penuh mencabar.

Nabi SAW ada menyebut:

“setiap kamu adalah pemimpin, dan akan di pertanggungjawabkan dengan apa yang kamu pimpin”

Tidak kurang juga ada yang menyebut bahawa,

“amanah kepimpinan adalah satu fitnah di dunia dan kehinaan di akhirat”

Pendek kata dunia kepimpinan adalah dunia yang eksklusif dan dunia yang membentuk peribadi individu untuk kita lebih dekat kepada Allah yang Maha Esa dalam kita mencari keredhaannya.

KAI sangat berpuas hati dengan pemerintahan MPP dan amat berharap dapat bekerjasama dengan pihak MPP pada masa akan datang. Kami mengalu-alukan kedatangan pemimpin-pemimpin mahasiswa yang baru tidak lama lagi.

Akhir kata, selamat maju jaya saya ucapkan kepada MPP 2011 / 2012. Anda telah melakukan kerja yang baik. Moga anda semua beroleh manfaat daripada episod tersebut.











KAI BERSAMA MPP UNTUK MANFAAT MAHASISWA UMT
Omarmokhtar Bin Mustafa,
Presiden,
KAI UMT





KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

1 comment:

Anonymous said...

CoOL~