SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Thursday 24 May 2012

DEBAT PTPTN: ANJAKAN PARADIGMA DUNIA POLITIK MALAYSIA


22 MEI 2012, Malaysia sekali lagi mencatat sejarah baru dalam dunia politik tanah air. Debat PTPTN diadakan yang menampilkan dua figura dari lapangan politik yang berbeza iaitu YB Khairy Jamaluddin dari UMNO dan Saudara Rafizi Ismail dari PKR. Isunya adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Halatuju Pendidikan Tinggi.

Sesetengah pihak mengatakan perdebatan mereka berdua tidak konklusif. Sumber yang di petik dari Malaysiakini mengatakan bahawa, Rafizi berkata, rancangan untuk memberi biasiswa sara hidup RM5,000 kepada setiap pelajar institusi pengajian tinggi awam berjumlah 450,000 orang hanya akan menelan kos RM2.32 bilion setahun.

Dengan menghapuskan RM24 bilion hutang melalui PTPTN pula, kerajaan hanya perlu membayar RM2 bilion untuk tempoh 15 tahun, katanya dalam program debat anjuran akhbar Sinar Harian itu.

Khairy semasa gilirannya selepas itu tangkas memberi gambaran bahawa negara akan mengalami kerugian dan muflis seperti negara Greece sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan dan melaksana rancangan untuk memberi pendidikan tinggi percuma seperti itu.

Katanya, langkah untuk menghapuskan hutang pelajar daripada PTPTN itu mustahil untuk dilaksanakan dan akan menelan kos RM30 bilion, bukannya RM24 bilion seperti diuar-uarkan Rafizi.

Khairy turut merangkum kos yang perlu ditanggung sekiranya kesemua tawaran Pakatan dalam dokumen Buku Jingga dilaksanakan.

Jelasnya, subsidi yuran kepada 1.4 juta pelajar di institut pendidikan tinggi swasta, seperti dirancang Pakatan Rakyat akan menela kos sebanyak RM60 bilion.
Namun pada hemat saya, kita melihat bahawa mereka berdua telah pun menyahut cabaran untuk berdebat dan mewujudkan suasana yang sihat dalam berdebat. Apa yang saya mahu perkatakan di sini adalah, kedua-dua ahli politik ini telah pun membuat kajian yang terperinci dengan memberikan data-data empirical agar penonton dapat menilai sebaik mungkin apa yang berlaku dan keadaan sebenar institusi pendidikan Negara kita.

Responsif yang saya mahu utarakan adalah, kita sebagai mahasiswa bukanlah mahu menyebelahi mana-mana parti politik, tetapi seharusnya kredibiliti kedua-dua ahli politik ini wajar kita contohi. Rafizi penuh dengan facts and figure apabila berkata-kata. Tidak kurang juga gaya bahasa dan daya penarikan yang di tampilkan oleh Khairy sangat mengagumkan sesuai dengan label Penasihat di oxford yang diraihnya suatu masa dahulu.

Mereka berdua telahpun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah politik Malaysia. Jadi, apa pula tanggungjawab kita untuk menjadi sebahagian daripadanya. 

Jentik HATI, jawab SENDIRI.

MUHAMMAD RAIMI BIN ABDUL RAUF
Naib Presiden 1,
Kelab Amatur Intelektual,
UMT Sesi 2011/12

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: