Ketika majlis sedang berlangsung, barisan Pimpinan KAI telah dikejutkan dengan kehadiran Presiden PMI UPM, Muhammad Hazim Mohd Noh serta Exco Hubungan Diplomatik, Ahmad Almesery Abd Hakim Amir dan penasihat Exco Latihan & Kepimpinan, Amirul Rahman Mohd Khozam ke dalam dewan. Mereka disambut mesra oleh barisan pimpinan KAI serta ahli-ahli KAI sendiri kerana sangat berbesar hati menerima kunjungan daripada delegasi pimpinan PMI UPM ke AGM KAI UMT.
" KAI amat berbesar hati menerima kunjungan daripada wakil pimpinan PMI UPM. Terima kasih kerana sudi hadir dan semoga hubungan dua hala yang sudah terjalin erat ini akan berkekalan sekaligus memberi impak yang positif terhadap perkembangan dan kemajuan Islam di kedua-dua buah kampus khususnya dan Malaysia umumnya." ujar Presiden Kelab Amatur Intelektual, saudara Muhammad Raimi bin Abdul Rauf usai majlis tersebut.
Diharapkan agar hubungan diplomatik yang telah bermula sejak di bawah pimpinan saudara Omarmokhtar bin Mustafa sebelum ini akan berterusan bersama saff pimpinan baru KAI dan mungkin dapat dieratkan lagi pada masa akan datang sekiranya dapat mengadakan program kendalian bersama. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment