SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Tuesday 5 June 2012

KENYATAAN RASMI PRESIDEN KAI UNTUK EDARAN SEGERA-ISU POSTING GAMBAR BATTLE OF THE BAND DI BICARA MAHASISWA UMT (BMU)



SALAM `ALAIK. SAYA MUHAMMAD RAIMI BIN ABDUL RAUF, PRESIDEN KELAB AMATUR INTELEKTUAL (KAI) UMT INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMBUAT KENYATAAN BERHUBUNG ISU POSTING GAMBAR-GAMBAR BATTLE OF THE BAND OLEH AKAUN FACEBOOK PRO-MAHASISWA UMT DI GROUP BICARA MAHASISWA UMT (BMU)
SEBELUM MEMBUAT KENYATAAN INI, SAYA TELAH PUN BERJUMPA DENGAN PIHAK MPP UMT DAN JUGA PIHAK EVENT MANAGEMENT CLUB (EMAC) UMT UNTUK MEMBUAT SESI PENCERAHAN DAN PENERANGAN BERHUBUNG ISU TERSEBUT. SELAIN ITU, SAYA SERTAKAN JUGA DI SINI LAPORAN POLIS BERHUBUNG ISU INI.

SAYA INGIN MENEGASKAN BAHAWA TUDUHAN MENGATAKAN SAYA ADALAH PEMILIK AKAUN FACEBOOK PRO-MAHASISWA UMT ADALAH TIDAK BENAR SAMA SEKALI DAN IA ADALAH SATU FITNAH KE ATAS DIRI SAYA SERTA TUDUHAN TERSEBUT TELAH PUN MEROSAKKAN IMEJ SAYA, MENCEMARKAN NAMA BAIK SAYA SERTA MEROSAKKAN NAMA BAIK KELAB AMATUR INTELEKTUAL (KAI) UMT KHUSUSNYA DAN NAMA BAIK UMT AMNYA.

TUNTASNYA, IA ADALAH SATU FITNAH DAN TINDAKAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP DIRI SAYA IAITU CUBAAN UNTUK MENZAHIRKAN APA YANG TIDAK ADA. SEMUANYA SAYA SERAHKAN KEMBALI KEPADA PIHAK POLIS UNTUK MENERUSKAN SIASATAN.

SEKIAN TERIMA KASIH.




Bersama wakil EMAC, saudara Naim, Zaki dan Ilyas.



KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

14 comments:

Anonymous said...

Kelab Amateur intelektual ni gila publisiti jer lebih..
Presiden dia bajet macam berpengaruh, tp sebenarnya faggot jer..

Anonymous said...

Ape masalah ko ni??? Bila dia diftnah.. ramai suruh dia explain situasi ini nak buktikan dia tak bersalah.. bila dia dah bersuara buktikan dia x bersalah.. ko kutuk plak.. manusia manusia..

Addinarliz X said...

Biasalah, kita xdapat puaskan semua hati manusia, sedangkan Nabi Muhammad yang maksum pun ada orang xsuka, ada musuh, apa lagi kita umat baginda yang penuh khilaf...

Anonymous said...

manusia.. sntiasa xpuas hati.. org buat baik xpuas hati.. bila buat jahat makin dikutuk dicerca dimaki..sepatutnya, yg baik dijadikan teladan, yg buruk, sama2 tegur dgn cara betul.. apa nak jadi ni..
~JOM SAMA2 BERUBAH JD MAHASISWA TERBAIK =) ~

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Jari jemari bukan untuk mencaci, mulut berbunyi bukan untuk membenci, marilah kita saling menghormati sahabat2ku yang baik :)

KAI teruskan perjuangan anda di bumi UMT!

ibnujaafar said...

huk aloh...nok baloh sokmo kije-an...doh org suruh buwi penjelasan kan,kite buwi...bile buwi kate giler publisiti plop...dop pahang starang aku...xpe2...akan ku pimpin tanganmu,dalam mencapai satu matlamat yang sama...

Anonymous said...

KAI tetap dihatiku...

zarratasnym said...

assalamualaikum. saya kenal sape Saudara Raimi, walaupun tak rapat. masa mula mula post pasal pro-m tu, saya dah boleh agak yang orang nak menjatuhkan dia je sebenarnya. kalau sape yang kenal raimi, dia takkan terpedaya dengan fitnah tu. sebab tu saya ignore je benda benda tu semua. mahasiswa UMT ni memang suka kalau bab bab nak menjatuhkan orang. perkara sama juga berlaku kat saudara fahmey halid. kepada Saudara Raimi, bersabarlah, doa banyak banyak, sesungguhnya Allah maha mengabulkan doa hamba hambanya. lagi pulak awak teraniaya.. orang yang nak menegakkan agama Allah ni memang banyak cabarannya..

Anonymous said...

Haramnya Menghinakan Seorang Muslim



Allah Ta'ala berfirman:

"Hai sekalian orang-orang yang beriman, janganiah sesuatu kaum itu menghinakan kaum yang lain, karena barangkali kaum yang dihinakan itu lebih baik daripada yang menghinakan.

Jangan pula golongan wanita yang satu itu menghinakan golongan wanita yang lain, karena barangkali golongan yang di-hinakan itu lebih baik daripada golongan yang menghinakan. Janganlah pula engkau semua mencela pada sesamamu dan janganlah memanggilkan dengan gelaran - yang mengandung ejekan. Jahat sekali nama yang buruk itu sesudah adanya keimanan. Barangsiapa yang tidak suka bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang menganiaya." (al-Hujurat: 11)

Allah Ta'ala berfirman pula:

"Celaka - atau neraka wail - bagi setiap orang yang suka mengumpat serta menista." (al-Humazah: 1)

1571. Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Cukuplah seseorang itu memperoleh kejelekan apabila ia menghinakan saudaranya sesama Muslim."

Diriwayatkan oleh Imam Muslim. Hadis ini sudah lampau uraiannya secara panjang baru-baru ini - lihat Hadis no. 1567.

1572. Dari Ibnu Mas'ud r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak dapat masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada seberat timbangan seekor semut kecil dari kesombongan." Kemudian ada seorang lelaki berkata: "Sesungguhnya ada seorang lelaki yang gemar sekali kalau pakaiannya bagus dan terumpahnya bagus." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah, juga mencintai keindahan. Sombong itu ialah menolak petunjuk yang hak - yakni kebenaran - serta menghinakan para manusia. (Riwayat Muslim)

Makna Batharul haqqi ialah menolak kebenaran, sedang "Ghamthubum" ialah menghinakan mereka, yakni para manusia.

Huraian Hadis ini sudah lalu yang lebih jelas, yakni dalam bab-Kesombongan.

1573. Dari Jundub bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w bersabda:

"Ada seorang lelaki berkata: "Demi Allah, Allah tidak akan memberikan pengampunan kepada si Fulan itu." Allah azzawajalla lalu bersabda: "Siapakah yang berani menyumpah-nyumpah atas namaKu bahwa Aku tidak akan mengampuni si Fulan itu sesungguhnya aku telah mengampuni orang itu dan Aku menghapuskan pahala amalanmu - yakni yang bersumpah tadi." (Riwayat Muslim)

yang sesaudara.' (al-Hujurat: 10)

Allah Ta'ala juga berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang senang kalau perbuatan keji tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, maka orang-orang yang sedemikian itu akan memperoleh siksa yang pedih di dunia dan di akhirat." (an-Nur: 19)

1574. Dari Watsilah bin al-Asqa' r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Janganlah engkau gembira karena adanya sesuatu bencana pada saudaramu - sesama Muslim, sebab jikalau engkau demikian, maka Allah akan memberikan kerahmatan kepada saudaramu itu sedang engkau sendiri akan diberi cobaan - yakni bala' - olehNya."

Anonymous said...

Penafian juga perlu bukti..imej KAI agak teruk sekarang ini menyebabkan sy tak mampu menghormati KAI sbg sebuah persatuan Islam..tunjukkan bukti penafian..dari segi emel printscreen yang di tunjukkan..kita semua tahu pihak polis tak mampu nak siasat kes2 kecil spt ini..jadi bukti penafian perlu..buat laporan polis bukan bentuk penafian yang baik..

NuR FaRaHiM said...

kita sebagai mahasiswa perlu selidik dahulu sesuatu berita dan kebenaran sebelum mempercayainya seterusnya menyebarkannya kepada org lain.....
supaya fitnah dapat dielakkan

"Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan".

smg Allah melindungi kita daripada angkara fitnah.. ingatlah kebenaran pasti akan terbongkar.....

Anonymous said...

sebab nak mematahkan fitnah la kena tunjuk bukti penafian..kita pun tak tahu sape salah n sape betul..Allah sj yang tahu..

zu_ika yusoff said...

SABAR.. yang benar, tetap akan terbukti kebenarannya.. Sesungguhnya, Allah tidak akan menzalimi hamba2Nya, insyaALLAH.. =)