SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Thursday 24 January 2013

Khas sempena Maulidur Rasul; DIA YANG DIRINDUI


Duhai kekasih ALLAH
Ingin kami titipkan padamu,
Bahawa kami teramat rindu padamu,
Walaupun malu untuk diungkapkan
Bahawa sesungguhnya kami cinta padamu,
Kerana tidak semua keinginan, harapan
Serta laranganmu
tidak kami laksanakan dengan sempurna,
Namun kami tahu....
Hanya engkau yang layak dicinta selepas Dia..

Kau lahir ke bumi membawa rahmat,
Mengajar erti cinta yang sebenar,
Kau korbankan jiwa dan hatimu,
Demi kemaslahatan semua..
Kau seru kebaikan walaupun dirimu dicerca..
Kau gagahkan diri bangkit ketika kecewa.

Ya Rasulullah...
Andai kami hidup di zaman bersamamu,
Adakah kami akan turut terpilih
Menjadi insan-insan yang berjuang bersamamu?
Atau kami tergolong dalam golongan mengingkarimu?
Sesungguhnya kami bersyukur Ya Allah,
Kami lahir ke dunia,
Dengan mudahnya menjadi ummat Muhammad.
Anugerah terhebat untuk ummat selepas kewafatanmu..

Ingin ku mengadu padamu Rasulullah..
Dengan anugerah terhebat itulah
Dikau kini dikhianati wahai kekasih yang dirindu,
Dengan anugerah itu jugalah
Ummatmu mula kembali
Pada zaman yang engkau hancurkan habis-habisan dahulu.
Malah menjadi lebih teruk dari mereka..
Seolah-olah sudah lupa perjuanganmu
Bermati-matian membersihkan Islam

Sunnahmu dilupa,
Akhlakmu ditinggalkan,
Laranganmu dipermainkan
Penyambung rantai perjuanganmu pula
Hanyalah golongan yang sedikit Ya Habiballah..
Yang dipandang enteng
Yang dibanteras habisan-habisan
Yang dianggap jumud,
Yang dianggap menyusahkan pergerakan mereka,
Yang dihina dan dicerca,
Namun itu bukan apa-apa
Dengan apa yang kau lalui dulu

Bersaksilah Wahai Kekasih Allah..
Ketika kasutmu berkocak dengan darah di Thaif,
Badanmu dilempar batu dan najis,
Telingamu disentuh ungkapan pedih,
Hidupmu diselebungi ancaman,
Dakwahmu diejek,
Kau dikatakan gila,
Kau dikatakan ahli sihir,
Kau begitu kuat wahai utusan Allah.....
Syurga jaminan untukmu
Namun bersusah adalah pilihanmu..

Inginku mengadu padamu,
Pengorbananmu serta sahabat-sahabatmu
Sekarang ini olah-olah dilupa..
Nikmat terbesar yang kami nikmati sekarang
Adalah usahamu wahai kekasih Allah...

Ya Rasulullah...
Andai dikau berdiri di hadapan kami,
Tak dapat aku bayangkan ketika itu,
Rindunya aku untuk melihat wajahmu
Mengucup tanganmu
Mengucapkan rasa syukur menjadi ummatmu
Mengucapkan terima kasih padamu
Kerana usaha dan perjuanganmulah
Kami sedang menikmati indahnya bersama Islam
Kerana apa yang kau tinggalkan untuk kami
Adalah sangat sempurna
Kami ingin memohon maaf darimu
Kerana kadang-kala kami, dia, dan mereka alpa
Dalam mengikut suruhanmu
Dan meninggalkan laranganmu

Dan aku, aku ingin meminta padamu
Bawalah ku pergi jauh ..
Jauh dari dunia penuh fitnah ini
Bawalah aku...
Supaya aku lupa pada kesesakan jiwa ini
Bawalah aku..
Supaya syaitan dan nafsu
Bukan lagi menjadi ancaman bagiku
Bawalah aku...
Agar aku dapat bersamamu selalu,..

Berilah syafaatmu pada kami Ya Rasulullah..
Akan kami cuba berusaha
Menjadi mata dan rantai perjuanganmu
Dalam memartabatkan Islam kembali
Dengan berpegang pada apa yang kau tinggalkan pada kami..

Ketahuilah Muhammad Bin Abdullah...
KAMI RINDU PADAMU


NURUL SAKINAH BT MOHD SOFIUDDIN
EXCO PEMBANGUNAN INSAN KAI


KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: