SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Tuesday 19 February 2013

Takziah kepada Saudara Aslah Mohamad.



Pada pagi 19 Februari 2013, warga KAI dikejutkan dengan berita pemergian ayah kepada Naib Presiden 1 KAI, saudara Mohamad Aslah bin Mohamad, pelajar tahun akhir jurusan Sains Marin UMT. Warga KAI dimaklumkan, pemergian ayah saudara Aslah Mohamad adalah disebabkan strok.
Admin mewakili seluruh warga KAI mengucapkan takziah kepada beliau dan keluarga atas pemergian ayah tercinta pada hari ini. Didoakan moga roh arwah bapa saudara Aslah di cucuri rahmat dan semoga beliau akan terus tabah dan kuat menghadapi ujian ini.

Firman Allah SWT, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran : 185).

Namun, indahnya aturan Allah itu tidak dijadikan mati itu begitu sahaja, kematian itu ada timbang taranya, ada peruntukannya ke atas individu yang menghadap Illahi. Hadis nabi SAW,  "Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah (sedekah berkekalan), ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yang soleh yang mendoakan."


Buat saudara Aslah, bersabarlah atas ketentuan ini. Kuatkan semangat, hidup ini perlu diteruskan. Insya Allah, di hujung sana, anda akan beroleh janji-janji Allah pada mereka yang bersabar.

Alfatihah!

# sama sama kita doakan, moga rombongan ziarah pimpinan KAI ke rumah saudara Aslah diberkati Allah dan selamat pergi dan pulang ke UMT. 


KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: