SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Thursday 20 March 2014

ISLAM DAN HIBURAN

" Ahmad suka bermain bola "
" Siti suka mendengar lagu "
" Zainal suka berjenaka bersama rakan-rakan "
" Azhari suka bemain permainan gadjetnya "

Perkara-perkara seperti di atas merupakan antara perkara kebiasaan yang menjadi hiburan masyarakat hari ini. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimanakah keterbukaan Islam yang sebenarnya terhadap segala perkara hiburan yang menjadi kebiasaan masyarakat hari ini ?

Bagi masyarakat awam seperti kita pada hari ini, sudah pastinya hiburan menjadi satu penghibur hati yang mampu mengembalikan kecergasan badan yang malas, memulihkan perasaan yang sedang berduka, menceriakan jiwa yang kebosanan dan membangkitkan semangat yang kian luntur.

Lumrah kehidupan manusia sememangnya memerlukan hiburan bagi kehidupannya. Islam tidak pernah mengekang penganutnya daripada berhibur kerana terdapat khilaf ulama yang membenarkan dan sebaliknya. Keterbukaan yang dianjurkan Islam sememangnya tidak terlepas daripada panduan Al Quran dan As Sunnah yang menggalakkan kesederhanaan dan melarang melampau-lampau.

Hiburan perlu dikawal jika kita tidak mampu menyeimbangkan dengan ilmu agama dan ibadah. Umpamakan hiburan seperti air kopi dan ilmu agama dan ibadah sebagai air putih. Jika satu gelas itu diisi dengan sedikit air putih, maka lebih banyak ruang akan dapat diisi jika kita menuang air kopi ke dalamnya. Sebaliknya jika banyak air putih di dalamnya, sudah tentu sedikit saja ruang yang ada untuk diisi dengan air kopi.

Keutamaan hiburan dalam Islam bergantung atas situasi diri kita. Jika pada saat itu kita hendak solat, maka aulanya (keutamaan) adalah kita mendahului perkara-perkara ibadah berbanding hiburan. Sebaliknya jika kita hendak bersukan, kita boleh mendahulukan hiburan. Contohnya, antara memasang lagu dan bacaan al quran ketika hendak bersukan, sudah pastinya kita melihat pada saat itu lagu lebih sesuai dimainkan.

Saidina Ali bin Abi Talib r.a. berkata, “Hiburkanlah hati dan carilah untuknya hikmah-hikmah yang menarik kerana hati juga bosan seperti badan yang keletihan.”

(Rujukan : Ust Don Daniyal, Dr Yusof Al Qaradhawi)

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: