Islam adalah agama yang syumul. Semua umat islam tahu, tapi tidak semua
umat islam yang benar-benar mendalami kesyumulan islam itu sendiri. Tak gitu ??
“TEPUK DADA TANYA IMAN”
Sukan dalam islam..
Muslimin mahu pun muslimah tidak perlu fikir apa yang bakal dihadapi bila
berhadapan dengan atlet-atlet yang sedang bersukan tapi tak mengikut syariat
islam. Bersukanlah sahabat!! Allah sangat
sukakan hambaNya yang menjaga hak badan agar sentiasa sihat… Ada sebab kenapa..
Kerana memudahkan kita untuk beribadat kepadaNya dan memudahkan kita
untuk kenal lagi ramai umat Nabi Muhammad SAW untuk membina ukhuwah.. bnyak
lagi nikmat lain sahabat kenapa sukan penting dalam ISLAM..
Budaya sukan sekarang memang amat berbeza dengan syariat ISLAM sendiri
terutama dari segi undang-undang permainan dan cara pemakaian. Dengan kata
lain pengaruh barat berjaya menguasai bidang sukan nie. Mana perginya sukan
yang berpandukan syariat ISLAM?? Langsung tidak dititikberatkan.
BANGKITLAH WAHAI DAIE..
Memang kita muslimin berseluar panjang ketika sukan ganjil dari atlet
yang tidak menjaga auratnya (tapi tidak semua atlet tidak menjaga). Ada
sahabat, umat islam yang bangkit bersukan mengikut budaya dan syariat islam
yang dituntut malah berjaya seperti MATRI
(Ma’had At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah).
BANGKITLAH WAHAI MUSLIMAH..
Memang kita berbaju dan bertudung sentiasa.. mahupun bersukan. Walaupun
dipandang pelik oleh sesetengah orang, INGAT IKHWAH & AKHOWAT yang kita
bawa adalah ISLAM.. endah anggapan manusia, biar dipandang Allah kita adalah
yang terbaik..
Daie.. majulah dalam bidang
mu..
Jadikan
sukan sebagai tempat untuk melebarkan dakwahmu. Ingat sukan bukan hobi bagi
kita umat islam tapi jadikan ia sebagai wasilah untuk memantapkan hobi mu yakni
“berdakwah”. Islam
akan lebih dikenali bila kita bawa islam kelapangan masyarakat.. biarlah
walaupun dirimu berasa asing..
Dari Abu Hurairah
radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihiwasallam bersabda:
بَدَأَالْإِسْلَامُغَرِيبًاوَسَيَعُودُكَمَابَدَأَغَرِيبًافَطُوبَىلِلْغُرَبَاءِ
“Islam
muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka
beruntunglah orang-orang yang terasingkan itu.” (HR. Muslim
no. 208)
Hadis ini adalah salah satu di antara tanda-tanda kenabian karena mengandungi pengkhabaran tentang sesuatu yang akan terjadi. Dimana Nabi shallallahualaihi wasallam mengkhabarkan bahwa sebagaimana Islam awalnya datang dalam keadaan asing di kalangan kaum musyrikin Makkah, maka demikian pula dia akan kembali menjadi asing bahkan di kalangan penganut agama Islam itu sendiri.
p/s: tajdid
niat kita. kita bersukan bukan untuk memperolehi gelaran ‘atlet’ tapi untuk berdakwah kerana ALLAH itu yang ingin disampaikan agar redhaNYA
sentiasa bersama kita. waallhua’lam.
No comments:
Post a Comment