SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Saturday 22 October 2011

Bagai Menggantung Permata di Leher Babi


SALAM REFORMASI MAHASISWA. Moga kita berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa tenang dalam mengendalikan urusan harian sebagai seorang pelajar lebih-lebih lagi kita adalah mahasiswa. Saya ingin kongsikan sedikit mengenai tajuk yang telah saya nyatakan di atas.

                Cuba sahabat-sahabat bayangkan, permata yang mahal harganya, nilainya tinggi, kekerasannya lebih keras daripada kaca, yang menjadi kegilaan wanita, yang menjadi rebutan ahli-ahli kongsi gelap diletakkan di leher seekor binatang yang cukup jijik dan kotor iaitu BABI atau dalam bahasa akademiknya KHINZIR. Apakah kita mahu permata itu di pakai di leher kita? Mahu dihadiahkan kepada ibu atau isteri tercinta? Sudah semestinnya tidak.

                Begitu juga diri kita sebagai seorang anak muda. Kita pemuda. Pemuda yang hatinya di tarbiah. Dirinya diasuh dan dididik dengan ilmu kepimpinan, pengurusan, dan psikologi. Pemuda yang hatinya di sucikan dengan ayat Al-Quran ketika lahirnya, lahirnya didengarkan azan oleh ayah yang tercinta. Tetapi di mana kedudukan kita sekarang? Adakah kita berbangga dengan status pemuda yang kononnya menjadi pemimpin pada masa akan datang?

                Nah! Lihatlah.. Di mana kedudukan kita? Apakah sumbangan kita pada diri? Pada keluarga? Pada sahabat? Pada organisasi? Pada masyarakat? Malah apakah sumbangan kita pada agama pada hari ini yang akan menjadi saksi kita ketika di padang mahsyar nanti?

                Wahai pemuda… Cuba lihat dalam diri kita… berapa banyak amalan yang kita lakukan untuk diri kita? Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi cabaran dunia luar? Mampukah kita untuk bertahan?

                Seandainya kita masih memberi alasan bodoh untuk laksanakan sesuatu, mementingkan diri tanpa memikirkan keadaan masyarakat pada masa kan datang, pasti kita akan lenyap, jati diri melayu kita akan terhapus, cinta kita pada tanah air akan berlalu pergi perlahan-lahan, malah apa yang pasti, kalau kita masih berdalih, masih tidak serius melakukan kerja, tidak istiqomah dan istimror, tidak tawaduk, PASTI agama ISLAM akan hilang oleh sebab kebodohan kita.

                Maka dengan itu saya ingin membakar semangat sahabat2 untuk kita sama-sama berubah dan berani ke hadapan. Sama-sama kita lengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran, tsaqofah (kefahaman) dalam kita menggapai apa yang kita impikan. Mahasiswa Berani Berubah!


MUHAMMAD RAIMI BIN ABDUL RAUF
Naib Presiden 1,
Kelab Amatur Intelektual (KAI)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
                



KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: