SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Saturday 22 October 2011

Mutiara hadith 01 : MAHASISWA & MASANYA

IN THE NAME OF ALLAH..THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL


Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa  Nabi saw bersabda :

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ ، الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ
 Maksud : "Dua nikmat yang ramai manusia menyia-siakan  iaitu nikmat sihat dan waktu lapang”. 

Semua manusia diberi modal masa yang sama untuk mencari bekalan sebanyak mungkin untuk dibawa ke akhirat iaitu 24 jam sehari. Seorang menteri, doktor, guru, pelajar, buruh, peniaga atau sesiapa sahaja diperuntukkan masa sama.  Begitu juga nikmat kesihatan yang tidak dapat dibeli walau oleh seorang jutawan sekalipun. 

Umumnya Allah mengurniakan nikmat sihat sepanjang masa kepada manusia. Cuma kadang-kadang diuji dengan demam, batuk, sakit kepala dan sebagainya. Sesiapa yang memanfaatkan dua nikmat ini dengan bijak akan kembali ke akhirat dalam keadaan bahagia. Sebaliknya sesiapa yang menyia-yiakan dua nikmat ini akan kembali ke akhirat dalam keadaan yang menyesal dan kecewa.



Namun dua nikmat ini seringkali diabaikan oleh kebanyakan manusia yang berjiwa kosong. Nikmat sihat dan masa lapang dibiarkan begitu sahaja tanpa manfaat sama ada untuk kebaikan dunianya atau untuk kehidupan akhirat. Lebih-lebih lagi bagi seorang pelajar yang dipertanggungjawabkan untuk menuntut ilmu. Amat pelik sekiranya pelajar yang sepatutnya menghabiskan masa untuk membuat assignment, mengulangkaji, membuat nota atau peta minda, meningkatkan kemahiran softskill, mendepani isu2 semasa, berfikir utk kebaikan ummah dan mencari posisi & potensi diri, masih berkesempatan untuk lepak menonton drama2 dan movies, membaca novel yang tidak bermanfaat, mendengar muzik yang melalaikan, bermain game shingga menghabiskan waktu berjam2, atau  ber’sms’ tanpa tujuan.  

Credit to : geek&poke

Ibn al-Jauzi mengatakan: “Kadang-kadang manusia berada dalam keadaan sihat, namun ia tidak memiliki waktu lapang kerana sibuk dengan urusan dunianya. Dan kadang-kadang pula seseorang itu  memiliki waktu terluang, tetapi ia dalam keadaan tidak sihat. Sekiranya terkumpul pada manusia waktu lapang dan nikmat sihat, tetapi masih berasa malas dalam melakukan amalan ketaatan maka itulah manusia yang telah terpedaya.”

Saidina Umar bin Khattab berkata yang bermaksud : “Aku tidak suka melihat seseorang yang berjalan-jalan tanpa mengindahkan ini dan itu, iaitu tidak peduli untuk kehidupan dunianya dan tidak pula sibuk dengan urusan akhiratnya.” Ibnu Mas’ud pula berkata yang bermaksud : “Aku sangat membenci orang yang menganggur,  tidak melakukan sesuatu pun untuk kehidupan dunia ataupun akhirat.


Manfaatkanlah nikmat sihat dan masa lapang untuk perkara yang bermanfaat untuk kita sama ada untuk kehidupan dunia atau pun kehidupan akhirat. Semoga Allah  memberi taufik dan petunjukNya agar kita dapat memanfaatkan dua nikmat ini dalam ketaatan. Mudah-mudahan  kita tidak termasuk dalam golongan yang disebut oleh Rasulullah saw dalam hadis ini.

Ingatlah kita adalah MAHASISWA, DENGAN 'JIWA MAHASISWA' KITA MENGGAPAI ALAM DEWASA. JIWA MAHASISWA ADALAH SEMANGAT TERUS BELAJAR DAN MENCABAR SEIRING DENGAN KEMATANGAN DAN KECERDIKAN SESEORANG DEWASA, Relevankah titile mahasiswa dibawa andai nikmat yang diberi dibuang percuma..??

WALLAHU TA’ALA A’LAM~~

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: