SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Saturday 26 November 2011

HIJRAH SUATU KEPERLUAN


Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.."
Surah an-Nahl, ayat 41-42


Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1433H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Sahabat-sahabatku yang dikasihi, Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Selaku MAHASISWA MAHASISWI yang diberi ruang dan peluang untuk mempelajari dan menuntut ilmu seharusnya menjadi front line dalam menyampaikan pesanan dan nasihat kepada masyarakat sebagai suatu usaha mendidik masyarakat.
Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.

Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek.. Di dalam menuntut ilmu, berhijrahlah dari hanya mengutamakan pointer dan sijil semata-mata kepada menutu ilmu untuk pembentukan minda dan akhlak yang baik yang akhirnya membawa diri mengenali dan mengetahui akan kebesaran Allah. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang kepimpinan dan berorganisasi ambillah ISLAM sebagai panduan dalam menjalankan tugas, yang mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.
Sejarah  telah membuktikan bahawa kekuatan Islam tidak boleh dipandang ringan sepertimana yang telah berlaku ketika baginda Nabi Muhammad S.A.W dan sahabatNYA melakar kejayaan besar dalam membina tamadun manusia yang hebat ROHANI dan JASMANI.

Kesatuan yang terbina antara Muhajirin dan Ansar memberikan kekuatan yang menyeluruh sekaligus membuka mata seluruh dunia bahawa umat Islam adalah umat yang satu.Tidak kira dari mana asal-usulnya, dimana dia berada asalkan dia mengucapkan syahadah dan kehidupan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah maka ketika itu dia juga saudara.
Namun begitu,demi menegakkan syiar Islam dan untuk memastikan survival  Islam terus berkembang di Malaysia amnya dan ke bumi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) khususnya, maka pengorbanan perlu ada jika kita mahu melihat perubahan. InsyaAllah, saya optimis jika semangat ini dapat dihayati dan diaplikasi dengan sebaik mungkin, kita mampu mengembalikan zaman kegemilangan kita yang kian lenyap dalam perbualan harian kita.  Berani berubah demi  menggapai redha Allah.

“Alhamdulillah, ana muslim”

ISLAM ITU NASIHAT
Omarmokhtar Bin Mustafa
Presiden
Kelab Amatur Intelektual
Sesi 2011/2012
26 November 2011




KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: