SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Friday 25 November 2011

selamat menyambut maal hijrah 1433 H





assalamualaikum 


pihak Kelab Amatur Intelektual, KAI ingin mengucapkan selamat menyambut maal hijrah.
Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1433 Hijriah yang bakal tiba.  Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari² yang mendatang. Pihak KAI ingin mengajak semua mahasiswa dan mahasiswi mengenang kembali sedikit kisah mengenai awal muharram.


Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam. Peristiwa Hijrah ini mempunyai seribu satu pengajaran. Tetapi bagi posting kali ini pihak KAI ingin memperingatkan semua yang ingin berkongsi mengenai betapa Islam itu datang dengan semangat perpaduan. Semua manusia itu sama yang membezakan mereka hanya ilmu dan amal.

Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)
Sabda Rasulullah SAW:
"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)
Doa Akhir Tahun & Awal Tahun

dijemput kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UMT
Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun sempena Maal Hijrah 1433HTarikh : 26 November 2011 (Sabtu)
Masa : 6.30 petang
Tempat : Surau Al-Irfan

Anjuran bersama :
-Majlis Kolej Kediaman (MKK)
-Kelab Amatur Intelektual (KAI)
-AJK Surau Al-Irfan

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir...
Semoga beroleh keberkatan dalam kehidupan di dunia ini...
insyaALLAH



KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: