SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Saturday 5 November 2011

salam aidiladha

Assalamualaikum dan salam aidil adha...



Tarikh Hari Raya Haji @AidilAdha diisytiharkan 6 November 2011 


Pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-raja telah mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji @AidilAdha akan disambut oleh Umat Islam di Malaysia pada 6 November 2011. AidilAdha yang juga dikenali Hari Raya Korban, turut sama mengajak umat Islam menghayati erti pengorbanan sebagaimana umat Islam terdahulu.
AidilAdha merupakan perayaan terbesar dalam Islam selepas Aidilfitri yang disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Ia juga merupakan perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Ibadat Korban antara Keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik

Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Antara amalan sunat ketika Aidil Adha

  • orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian.
  • Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
  • Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri.

Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
  • hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat.

Hayati erti Pengorbanan menurut pandangan Islam

Erti pengorbanan membawa pengertian yang luas dan subjektif. Ianya mungkin korban dari segi masa, tenaga, wang ringgit atau apa saja. Namun, pengorbanan yang dituntut di dalam Islam bukanlah berbentuk negatif yang boleh memudaratkan diri sendiri dan juga orang lain.
Jika kita mampu menghayati erti korban yang sebenar-benarnya menurut Islam, insya-Allah akan wujud ketenangan dan kedamaian dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah dan antara penguasa dengan rakyat biasa.
InsyaAllah..
pesanan – Berkorbanlah pada jalan yang benar menurut Islam.



KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: