SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Friday 4 November 2011

Kebaikan di Dunia




Para ulama terdahulu telah menyenaraikan apa itu kebaikan di dunia, yang dilihat dari neraca agama dan penilaian Allah serta bertepatan dengan fitrah manusia yang inginkan kebaikan dalam hidup.
Kebaikan yang disenaraikan itu meliputi perkara-perkara berikut: kesihatan, isteri yang solehah, rezeki yang luas lagi halal, anak-anak penyejuk hati, kerehatan, ilmu yang bermanfaat, amal soleh, rumah yang aman, kenderaan yang baik, dan pandangan baik dari orang. Kebaikan di dunia juga menurut ulama merangkumi limpahan segala nikmat, kesejahteraan hidup dan taufik dari Allah Yang Esa.
Ada juga ulama mengatakan kebaikan di dunia itu meliputi tiga perkara iaitu hati yang bersyukur, lidah yang berzikir dan tubuh badan yang sabar (dalam menanggung ujian Allah). Tiga perkara ini terkandung dalam doa yang diamalkan oleh Nabi s.a.w.
Senarai kebaikan di dunia oleh ulama-ulama ini bukan hanya dilihat pada perkara-perkara lahir yang dapat dipandang mata tetapi juga perkara-perkara batin yang dapat dirasai oleh hati. Perkara-perkara itu adalah pokok-pokok kebaikan di dunia.
Pokok-pokok Kebaikan Di Dunia:
1. Mendapat taufik dan hidayah Allah s.w.t.
2. Diberi kefahaman dalam agama
3. Dapat berbuat amalan soleh
4. Mendapat ilmu yang bermanfaat
5. Mendapat isteri yang solehah
6. Mendapat zuriat penyejuk hati
7. Mendapat kawan-kawan yang solihin
8. Kesihatan dan kesejahteraan
9. Panjang umur di dalam ketaatan
10. Mendapat rezeki yang halal
11. Beroleh keimanan dan ketakwaan12. Banyak mengingati Allah s.w.t.
13. Berjaya menyucikan jiwa dari mazmumah
14. Mati di dalam kebaikan (Husnul Khotimah)


Untuk huraian lebih lanjut sila klik: SUMBER


-Khairina-

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: