SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Saturday 24 December 2011

Bedah Buku - Ketika Alam Bertasbih.

Assalammualaikum...

Pada 23 Disember 2011, KAI telah mengadakan program bedah buku. Buku yang terpilih ialah Ketika Alam Bertasbih, hasil penulisan pensyarah UMT sendiri, iaitu, Dr. Fadzil Akhir (pembimbing siswa, pensyarah fizik ocenografi dan meteorologi). Majlis bermula sekitar jam 9 malam dengan dihadiri lebih 50 orang pelajar di surau al-Irfan.

Pengarah program, saudari Fatiin Haniisah bt Nor Sapri menyatakan objektif program seperti supaya dapat membuka minda mahasiswa tentang perkaitan yang rapat antara alam dengan manusia.





Katanya lagi, mahasiswa perlu cakna dengan isu global alam sekitar yang melanda bumi sekarang. Fatiin juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua mahasiswa UMT disamping menyeru mahasiswa menggunakan masa dengan baik dan mengikut adab-adab belajar seperti ikhlaskan niat, berwudhuk dan berdoa.

Seterusnya majlis diserahkan kepda Dr. Fadzil untuk memulakan program bedah buku. 


Dr. Fadzil membacakan sepotong ayat al-Quran yang bermaksud,

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." (al-Khafi,7)

Beliau telah membincangkan isu global berkaitan alam sekitar selain spesies-spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam akibat tangan manusia.

Beliau juga telah memberi beberapa langkah untuk memulihara dan memelihara alam semula jadi seperti mengurangkan penggunaan polisterina dan berjimat dalam penggunaan air dan elektrik.








KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: