SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Wednesday 8 February 2012

Ziarah Mahabbah Maulidur Rasul.


Alhamdulillah, sempena ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, pihak Kelab Amatur Intelektual (KAI) telah turun mendekati masyarakat untuk sama-sama menyambut Maulidur Rasul.

KAI yang diwakili oleh Naib Presiden I, Muhammad Raimi Bin Abdul Rauf diiringi beberapa exco kelab dan ahli KAI, telah ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi memenuhi jemputan sahabat seperjuangan dari Universiti Putra Malaysia yang juga ahli Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUPM), saudari Siti Zulaikha Bt. Hj. Ridzwan.

Majlis bermula pada jam 11 pagi dengan tazkirah ringkas daripada bekas peserta peringkat akhir program Imam Muda, Ustaz Fatah. Selepas itu, alunan selawat dan zikir bergema dialunkan bersama oleh semua tetamu yang hadir.

Turut sama dalam majlis ini beberapa orang sahabat dari Persatuan Siswa/i Islam Perubatan Universiti Malaya (PSIPUM).




Bekas peserta Imam Muda, Ustaz Fatah.

Ustaz Fatah turut mengalunkan selawat.

Bersama Ustaz Fatah.

Bergambar kenangan bersama sahabat dari PSIPUM dan PMIUPM.

KAI diwakili Exco Pembangunan Insan, Siti Aishah Ismail menyampaikan buah tangan kepada
saudari Siti Zulaikha Hj. Ridzwan.

12 Rabiulawwal 1433H telah memberi lebih ruang kepada ahli KAI untuk mendapat kenalan baru dan tidak sekadar menyambut kelahiran junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Semoga ukhwah yang terbina tidak berakhir sampai disini sahaja.
KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: