SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Saturday 11 February 2012

Tanggal 14 Februari.

Satu sejarah mengatakan bahwa Valentine adalah seorang rahib Kristen yang hidup pada abad ke-3 di Rome. Apa bila Raja Claudius II berpendapat lelaki yang belum berkahwin menjadi prajurit terbaik, dia mengharamkan perkahwinan untuk lelaki muda – sumber manusia untuk tenteranya. Valentine sedar akan jahatnya pengharaman itu telah melanggar perintah Claudius II dan terus mengahwinkan pasangan dalam sulit. Apabila perbuatannya diketahui, Claudius II menjatuhkan hukum bunuh keatas Valentine.

Satu lagi legenda, Valentine adalah orang pertama yang mengirimkan surat ‘Valentine’ semasa dalam penjara. Dipercayai Valentine jatuh cinta sama seorang gadis, yang kemungkinan anak kepada penjaga penjaranya, yang menziarahi Valentine ketika dia masih dipenjara. Sebelum dia mati, difahamkan dia menulis surat untuk gadis itu dan diakhiri surat itu dengan kata2 ‘From Your Valentine’ atau ‘Dari Valentine Mu’ – istilah yang digunakan tanpa fikir panjang oleh orang Muslim kepada kekasih mereka, wal’iyaa dzubillah!

Umum mengetahui bahawa sambutan hari kekasih ini sangatlah bercanggah dengan norma dan prinsip Islam yang hanya menerima perkahwinan sebagai satu-satunya jalan untuk dua insan berlainan jantina berkasih-kasihan yang diikat dengan akidah Islam. Sesungguhnya kasih sayang sebelum perkahwinan adalah satu tipu daya syaitan yang mencantikkan kasih sayang itu supaya ia nampak indah dan lazat sehingga membawa kepada tuntutan syahwat.

Kesan daripada tipu daya ini akhirnya membawa negara kita semakin hampir dengan gaya hidup masyarakat Jahiliah sebelum kedatangan Islam di mana maruah wanita tergadai begitu sahaja, Lelaki menjadi buas dengan tuntutan nafsu dan akhirnya keduanya hanyut dalam lautan nafsu dan syahwat yang sementara. Apabila tersedar, segalanya sudah terlambat dan ia tidak lagi berguna...akhirnya berlakulah pembuangan bayi...pembunuhan anak-anak dan sebagainya yang kita dah tahu melalui media masa...

Untuk itu, mari kita sama-sama berkempen untuk "Katakan Tidak Kepada Valentine's Day" dengan membuat satu entri berkaitan dengannya ataupun berkongsi gambar di bawah ini di sidebar blog kita semua. Semoga usaha yang kecil ini berupaya menyelamatkan segelintir mereka yang lalai...Kita hanya berusaha untuk menghalang perkara yang lebih parah dari berlaku. Tiada ruginya kita berpesan-pesan dalam kebaikan.







Jom layan video ini.



KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: