Apabila Khadijah mendengar budi pekerti dan akhlak yang mulia yang dimiliki oleh baginda Muhammad, Khadijah tertarik untuk menawarkan perniagaannya kepada Baginda. Khadijah sanggup menawarkan ganjaran yang lumayan dan keuntungan yang lebih kepada baginda.
Sebagai teman, Khadijah telah menyuruh seorang budak suruhannya yang bernama "Maisarah" untuk mengiringi baginda memperdagangkan harta yang telah diamanahkan oleh Khadijah. Tawaran tersebut telah diterima dengan tangan yang terbuka oleh baginda Muhammad saw. Baginda terus berlayar ke Syam bersama -sama "Maisarah" budak suruhan Khadijah.
Dalam perniagaan baginda, baginda telah mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Sekembalinya baginda dari Syam baginda terus berjumpa dengan Khadijah dan menyerahkan segala keuntungan yang diperoleh dengan penuh rasa amanah.
Maisarah telah menceritakan segala-galanya yang berlaku di Syam semasa yang dilakukan oleh baginda. maisarah telah menceritakan apa yang dilihat dengan kepalanya sendiri dan tertawan dengan sifat yang mulia semasa menjalankan perniagaan. Peristiwa ini telah menyebabkan Khadijah tertawan dengan sifat kejujuran yang dipamerkan oleh baginda. Khadijah juga turut merasa hairan melihat keuntungan yang banyak hasil daripada keberkatan baginda.
Malalui perantaraan Nafisah binti Manbah, Khadijah telah menawarkan dirinya kepada baginda Muhammad saw untuk menjadi teman hidupnya. Tawaran tersebut telah disambut baik oleh baginda. Baginda dengan segera memaklumkan hal tersebut kepada bapa-bapa saudaranya dan mereka terus melamar Khadijah melalui bapa saudaranya 'Amru bin Asad. Perkahwinan berlangsung dengan selamatnya dan ketika itu usia baginda adalah genap 25 tahun manakala Khadijah berusia 40 tahun. Perkahwinan baginda dapat bertahan selama 25 tahun setelah Khadijah wafat. Sebelum kewafatan baginda, tidak terlintas langsung difikiran baginda untuk berkahwin dengan perempuan lain.
Allahdulillah, untuk ruangan kali ini,setakat ini saja lah kisah mengenai perniagaan dan perkahwinan baginda bersama Khadijah. Insyaallah, diruangan akan datang, saya akan memuatkan mengenai penyertaan baginda dalam pembinaan semula Ka'bah.
No comments:
Post a Comment