SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Tuesday 17 April 2012

Selamat Berkhidmat Prof. Dato' Dr. Ibrahim Komoo, NC baru UMT.


Betapa beruntungnya UMT mendapat Naib Canselor yang baru. Selamat datang diucapkan kepada Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo. Saya mewakili saf kepimpinan KAI UMT, mengalu-alukan kedatangan NC yang baru.

Tidak lupa juga kepada mantan NC UMT Prof Dato` Dr Aziz Deraman, diucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas curahan bakti setia Dato`Aziz selama hampr tiga tahun bersama melakar kejayaan di bumi UMT.

Apa untungnya kita dengan NC yang baru???? Pasti semua tertanya-tanya. Apakah manfaat dan juga faedah bagi mahasiswa UMT dengan penukaran NC yang baru??? Setiap kepimpinan itu ada pasang surutnya. Ada kejayann yang dirangkul, ada juga kegagalan yang di terima. Pun begitu, kita manusia ini sifatnya kamil wa mutakammil, lengkap melengkapi. Atas sifat apa, atas sifat kita ini hamba Tuhan yang kerdil dan hina.

Di peringkat mahasiswa, kita mahu Prof Ibrahim lebih melakarkan kejayaan untuk kampus tercinta ini. Segala aspirasi yang di bawa oleh Prof Aziz hendaklah di teruskan. Bak kata pepatah, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk di jadikan sempadan.

Mudah-mudahan kita anak-anak mahasiswa UMT lebih selesa belajar, mesra dengan NC yang baru tanpa perlu menghadapi kerenah BIROKRASI tinggi, supaya perjalanan menuju kejayaan itu lebih di rasai.

Akhir kata daripada saya, Prof Dato` Dr Ibrahim Komoo, you`ll never walk alone.

Salam mahabbah,
Omarmokhtar Mustafa,
Presiden,
Kelab Amatur Intelektual UMT. 





KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: