SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Tuesday 29 May 2012

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Amatur Intelektual kali ke-16

Bertempat di Kompleks Kuliah Universiti Malaysia Terengganu, pada 26 Mei 2012 yang lalu telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Amatur Intelektual kali ke-16. Majlis yang penuh gemilang itu telah dirasmikan oleh Encik Muhamad Safre bin Muhamad Sani, pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Malaysia Terengganu, dan turut dihadiri oleh saudara Mohd Syukran Kamarudin, wakil MPP UMT serta barisan pimpinan kelab akademik dan bukan akademik lain.

Pada majlis tersebut, gimik perasmian adalah antara peristiwa yang mendapat tempat pada hati para hadirin yang datang. Selain daripada persembahan multimedia yang sangat bagus, terdapat beberapa pendekatan baru dalam aturan majlis yang lain dari majlis mesyuarat lain juga menarik perhatian para hadirin seperti alunan bacaan Al Quran oleh saudara Ahmad Luthfi bin Ahmad Tajuddin pada pembukaan majlis.

Kemuncak mesyuarat agung adalah apabila pemgumuman pembubaran barisan pimpinan sesi 2011/2012 dan pengisytiharan saff pimpinan baru sesi 2012/2013 diumumkan. Presiden Kelab Amatur Intelektual sesi 2012/2013 adalah saudara Muhamad Raimi bin Abdul Rauf manakala Timbalan Presiden adalah saudari Siti Ainatul Mardhiah bt Suriadi.

Semoga dengan saff kepimpinan yang baru ini bakal menerajui tampuk pimpinan KAI UMT sebagai kelab yang paling aktif dengan lebih jaya lagi. Selamat menjalankan tugas buat semua Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi KAI UMT! Teruskan kegemilangan demi kejayaan Islam di mata dunia!




KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: