SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Tuesday 29 May 2012

Tahniah dan takziah kepada Presiden baru Kelab Biosis UMT


Pada 28 Mei 2012 yang lalu telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Biosis kali pertama di Auditorium Mahyuddin Fakulti Pengurusan dan Ekonomi(FPE) Universiti Malaysia Terengganu. Majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana itu telah dihadiri oleh wakil kepimpinan beberapa buah kelab bukan akademik UMT.


Antara yang hadir ialah saudara Muhamad Raimi bin Abdul Rauf Presiden KAI UMT, saudara Muhammad Taufik Awang Presiden Kelab Usahaniaga, saudara Lukman Hakim bin Ismail Timbalan  Presiden Kelab Usahaniaga dan saudara Akmal Yassin, Exco SIFE. Kehadiran mereka adalah untuk meraikan Presiden Kelab Biosis UMT sesi 2012/2013, saudara Mohammad Firdaus Musa.

Wakil kepimpinan KAI dan SIFE bersama Presiden baru Kelab Biosis UMT.

Presiden Kelab Biosis UMT sesi 2012/2013, saudara Mohammad Firdaus Musa.

Moga dengan kepimpinan baru di bawah kendalian saudara Mohammad Firdaus Musa bakal menaikkan kredibiliti Kelab Biosis sebagai kelab akademik yang baik di kalangan warga kampus UMT seterusnya dapat menjalinkan hubungan baik dengan KAI UMT sendiri selepas ini. InsyaAllah. Tahniah dan takziah diucapkan!




KAI UMT-NURTURING YOUR VISION