SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Saturday 16 June 2012

27 REJAB: ANTARA TARIKH DAN PENGISIAN


Sesetengah dari kita kadang-kadang bertelagah mengatakan bahawa Isra` Mikraj  nabi bukan pada 27 Rejab namun pada tarikh-tarikh yang lain. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru namun ia telah lama di bincangkan.
Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.
Namun begitu, TEGAS ULAMA` mutakhirin, tarikh bukanlah perkara yang besar atau pun mesej yang cuba Tuhan sampaikan. Tidak ada gunanya kita bertelagah hingga berlaku perpecahan dan masam muka dek kerana tarikh perisrtiwa penting ini TETAPI apakah mesej atau pengisian dan pengajaran yang cuba di terapkan dalam peristiwa Israk Mikraj ini kita ambil maklum, hayati dan tanggapi secara terperinci atau sekadar menyambut tanpa ada apa-apa pengisian yang dapat di amalkan dalam kehidupan.
Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang Telah kami berkahi sekelilingnya[847] agar kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
Surah Israa` ayat 1
Allah merakankan dalam Al-Quran peristiwa ini untuk tatapan generasi akan datang.
Pengajaranya adalah;
1.    Mempercayai bahawa Tuhan berkuasa melakukan perkara yang memang tidak masuk akal dan tidak diterima akal namun hanya iman didada dan ilmu yang benar dapat mempercayainya.
2.    Perintah solat yang mana Allah berikan kepada Nabi SAW dengan cara menjemputnya sendiri berjumpa dengannya melambangkan betapa mulia solat itu kepada manusia.
3.    Convincing and discussing in negotiation. Nabi turun dan naik berjumpa dengan Tuhan untuk mengurangkan rakaat solat demi kemaslahatan ummat sehingga nabi berasa malu untuk berjumpa dengan Tuhan. 50----5 rakaat. Allah SWT kasih pada manusia sehingga boleh negotiate bilangan rakaat, tapi 5 ni pun kita tak mampu nak buat dan hayati.
4.     Dalam kehidupan ni, Allah cuba beri kita apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.
5.    Sesungguhnya, peristiwa keadaan syurga dan neraka yang dipertontonkan kepada Nabi adalah untuk renungan agar kita semua membuat persiapan menghadapi mati.
 
“BERSAMA MENCORAK MASA DEPAN YANG MAPAN”
Ana alfaqiru ilallah,

MUHAMMAD RAIMI BIN ABDUL RAUF
Presiden,
Kelab Amatur Intelektual
KAI UMT


KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: