SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Monday, 18 June 2012

Cakna - Isu Umat Islam Rohingya

Berapa ramai diantara kita yang cakna tentang apa yang berlaku pada umat Islam Rohingya di Myanmar ketika ini? Tahukah anda apa yang berlaku kepada mereka ketika ini? Mereka ditindas, kampung mereka dibakar dan lebih kejam lagi penyeksaan yang mereka lalui ini juga turut dilakukan oleh pihak berkuasa negara mereka.

Di negeri Arakan, umat Islam Rohingya telah dibunuh dengan kejam oleh puak rasis etnik Rakhine yang beragama Buddha. Etnik Rakhine ini sedang melakukan penghapusan etnik dan apa yang menyedihkan tiada apa- apa tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan Myanmar!

Lihatlah dunia inilah yang berlaku di Myanmar ketika ini!


Pada 3 Jun 2012, seramai 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.
Puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.
Kampung  Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal!
Orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh  wilayah Arakan.
Dari berita Kaladan Press Network dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.
Mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.
Mereka yang tercedera  tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.
Pihak keselamatan, polis dan tentera kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.
Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.
Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.
Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.
Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan  namun bukan untuk melindungi mereka akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian
10 Jun 2012, dua kampung paling besar iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh, masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.
Semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan.
Pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand 150,000 di Pakistan  40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.
Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat.
Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha. Sumber: HarakahDaily

Tidak terjentikkah hati kalian apabila melihat agama Islam kita ditindas dan dihina sebegini?
Sahabat- sahabatku, kita dan mereka punya Tuhan yang sama. Mereka adalah kita, dan kita adalah mereka. Kerana Islam itu bersaudara. Mungkin kerana kita terlalu senang dan aman disini, maka kita langsung tidak peduli apa yang berlaku kepada mereka.

Marilah sahabat- sahabatku, ambil pedulilah kalian terhadap apa yang berlaku kepada umat Islam di seluruh dunia. Semakin hari agama Islam semakin diinjak. Tegarkah kita melihat agama Islam ini terus dicemari? Kita mengaku bahawa kita beragama Islam, tetapi tindakan kita langsung tidak menunjukkan bahawa kita beragama Islam. Sedarlah sahabat- sahabatku sekalian.

Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka mereka bukanlah dari kalangannya"



Disediakan oleh
Shakinah Sholehuddin
Timbalan Setiausaha KAI 2012/13


KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: