SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Friday 15 June 2012

Sampai masanya, Allah takdirkan bersama: Moga bercinta hingga ke syurga!



“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair “

Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

Pernikahan menyingkap tabir rahsia, Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah Untuk bersama belayar ke muara – In-Team

Pernikahan menginsafkan kita, Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha. Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan Susah mendatang tempuhi dengan tabah
Isteri janji telah dipateri Diijab kabulkan dan dirahmati, Detik pertemuan dan pernikahan Yang dihujani air mata kasih Demi syurga Ilahi – Damba Kasih

Buat pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga ini untuk anda, Ingat lah pernikahan mengajarkan dan mendidik kita supaya kita membajai iman dan taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.



Tahniah buat rakan seperjawatan,

Saudara Mohamad Hazim Mohd Noh dan Saudari Azizah Qosamah.
 
KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

2 comments:

Damba Seorang Mujahid said...

tahniah....ana mengharapkan baitul muslim yg bakal dibina agar meningkatkan momentum gerak kerja dakwah g..pada KAI,ana ucap syabas atas usaha2 antum.mgkn KAI baru shj bertapak,namun teruskan usaha terutama mempromosikan lagi KAI pd masyarakat terutamny pd golongn mahasiswa2.TAHNIAH & Syabas!!

Kelab Amatur Intelektual said...

Terima Kasih saudara kerana menyokong kami...