SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Wednesday 24 October 2012

PARKING BERPUSAT:PENJELASAN DARIPADA KETUA UNIT KESELAMATAN UMT


Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang memberi kelapangan dan ruang kepada kami, Kelab Amatur Intelektual (KAI UMT) untuk mengadakan pertemuan bersama Ketua Unit Keselamatan UMT, Tuan Nor Asikin pada 24 Oktober 2012. Lawatan tersebut di ketuai oleh Presiden KAI, Muhammad Raimi Bin Abdul Rauf, Setiausaha Agung, Mohd Adly Arif Khairuddin, Bendahari Kehormat I, Ahmad Firdaus Jaafar dan Exco Pendidikan dan Kebajikan, Mohd Hafizi bin Mohd Yusof.  Seperti yang sedia maklum, pihak Keselamatan UMT baru-baru ini menguatkuasakan peraturan baru di UMT iaitu Parkir Berpusat di Dataran Canseleri, Dataran FPE dan juga Kompleks Kuliah. Hal ini telah pun mengundang ramai pelajar yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut. Kami juga difahamkan bahawa, sahabat-sahabat MPP kita telah pun membuat perjumpaan bersama Ketua Unit Keselamatan untuk mendapatkan penerangan. Dengan kerjasama yang diberikan oleh beliau, kami dapat sedikit info terkini mengenai isu Parkir Berpusat (PB).


          Beliau menyatakan bahawa, kehendak melakukan PB adalah bukan kehendak Unit Keselamatan sendiri tetapi adalah kehendak Pihak Pengurusan dan Pentadbiran UMT. Pihak Keselamatan hanya melaksanakan arahan yang dikeluarkan. Keluhan ini juga bukan daripada kalangan pelajar, namun begitu para staf dan juga pensyarah juga mengalami nasib yang sama. Oleh sebab pihak admin UMT mahu mewujudkan suasana kampus LESTARI, Dato` NC juga mahu pelajar-pelajar UMT sama-sama menjayakan. Beliau juga telah cuba berjalan dari Pusat Parkir TNB ke Kompleks Kuliah hanya memakan masa 8-10 minit sahaja.

      Ada beberapa masalah yang perlu disenaraikan di sini sepanjang perbincangan kami, antaranya:
1.    Ketiadaan susur gajah daripada Pusat Parkir ke Kompleks Kuliah nyata menyukarkan pelajar untuk berjalan kaki.
2.    Faktor pencahayaan dan keselamatan yang kurang boleh mengundang bahaya jika pelajar berjalan kaki dalam keadaan gelap di sekitar laluan susur gajah tersebut.

Oleh yang demikian, pihak keselamatan meraikan sebarang komen dan maklum balas daripada pelajar UMT untuk memberikan pandangan dan cadangan. Oleh itu, perbincangan tersebut telah menggagaskan beberapa jalan penyelesaian, antaranya:
1.    Meminta susur gajah di buat dengan kadar SEGERA dari Pusat Parkir hingga ke tempat-tempat tumpuan pelajar seperti INOS dan juga Kompleks Kuliah.
2.    Pencahayaan sepanjang laluan ke Kompleks Kuliah dapat dibuat dan disediakan bagi menjamin keselamatan pelajar di jaga dengan baik.
3.    Penambahan kawasan PB di sekitar UMT.


Tambahan pula, Kompleks Kuliah akan berpindah di bangunan baru, jadi jarak yang pelajar-pelajar perlu ambil sebentar cuma. Untuk pengetahuan semua pelajar, menurut Pihak Keselamatan, mereka tidak mengeluarkan saman secara terus. Namun AMARAN akan diberikan jika pelajar GAGAL mematuhi amaran-amaran yang dikeluarkan. Jika pelajar tersebut masih gagal mematuhi peraturan juga, maka saman akan dikenakan.

Di samping itu, Tuan Nor Asikin juga, menegaskan pihaknya, sentiasa mengalu-alukan pelajar datang untuk berbincang di pejabat beliau. Antaranya beliau mencadangkan:
1.    Mahu maklum balas daripada pelajar tentang isu PB supaya Pihak Keselamatan dapat memberikan apa yang pelajar PERLU.
2.    Pihak Keselamatan juga mahu sokongan daripada badan-badan pelajar UMT untuk menyegerakan projek Susur Gajah dibuat dengan kadar yang segera dan beliau memerlukan maklumat dan data untuk dibentangkan dalam mesyuarat bersama Pihak pengurusan UMT.
3.    Para pelajar diminta untuk membuat aduan terus kepada admin dan juga menggunakan saluran yang betul.

Akhir sekali, perjumpaan dan perbincangan kami diingatkan agar, sentiasalah berbincang dengan emosi yang baik. Islam mengajar kita agar menjawab hujah dengan hujah bukan emosi amarah yang tidak terbendung. Firman Allah, “Dan apabila kamu berbicara dengan orang yang jahil, maka ucaplah selamat kepada mereka.

“budayakan MENERANG, jauhi MENYERANG”

“Nurturing Your Vision”
KAI UMT

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: