SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Monday 22 October 2012

PESTA KONVOKESYEN UMT : PESTA MERAIKAN ILMUWAN BUKAN HIBURAN



Insyaallah, dalam sepurnama lagi kampus UMT kampus yang kita cintai akan mengadakan hari Konvokesyen di mana pada hari tersebut adalah upacara gilang-gemilang yang tidak dapat dilupakan bagi pelajar setelah tiga atau empat tahun membanting tulang. Wajah riang, senyuman puas dan bangga adalah hadiah terindah pelajar kepada orang tua, isteri dan anak-anak mereka.

Ketertiban para sarjana ketika mana mengikuti majlis istiadat penganugerahan, satu persatu dengan jubah dan mortar yang seragam dan suasana bening yang sungguh ilmiah dan mendamaikan.

Ia benar-benar suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh sesiapa pun yang bergelar graduan khususnya mereka yang mendapat ijazah tertinggi di peringkat doktor falsafah.
Sungguh, kita sangat-sangat menantikan hari itu dengan penuh sabar dan tabah. Hari yang mengangkat martabat insan ke satu tahap tertinggi dalam ekspedisi ilmu dalam hidupnya.

PESTA KONVOKESYEN

Ya. Keraian bukanlah dipanggil sebagai keraian jika tidak ada yang menyambutnya. Kata cendekiawan, setiap perkara ada masanya, maka raikanlah. Untuk itu, tidak menjadi salah untuk kita meraikannya, namun yang menjadi salah adalah CARA kita meraikannya.

Konvokesyen adalah lambang ILMU bagi siswazah yang baru bergraduat. Semestinya, perkara itu sangat menjadi peristiwa penting dalam hidup. Namun biarlah CARA kita meraikan setahap dengan darjat keilmuan kita.

Sering kali kita melihat, bahawa pesta konvo mendadakan sambutannya dengan perkara-perkara berikut:
  • Membuka gerai-gerai jualan makanan dan minuman yang tidak terkira banyaknya
  • Mementaskan teater, artis, dan juga menjadikan konsert termasuk nasyid yang mengalunkan intepretasi terhadap Cinta kononnya.
  • Di cemari juga dengan perkara-perkara yang lagha dan sebagainya.
  • Membazirkan wang dan peruntukan wang semata-mata terhadap hiburan.
Saya bukanlah terlalu jumud dan ortodoks untuk mengenepikan hiburan. Sedangkn saya juga manusia biasa yang sukakan hiburan. Mendengar nyanyian juga adalah sebahagian daripda minat saya. Cuma biarlah hiburan itu tidak sampai ke tahap yang melalaikan dan membazir tanpa ada apa-apa pulangan. Pelaburan itu nanti akan di tanya kelak bila kita berada di “lembah pertemuan” nanti.

Apapun saya bukan mahu mencanangkan bahawa hiburan itu tidak wajar diselitkan dalam tentatif pesta konvo, namun perbanyakkan juga sesi ilmiah, kuliah-kuliah, seminar-seminar bagi mewujudkan suasana pembelajaran di kampus serta meneruskan kesinambungan momentum meraikan hari konvokesyen yang merupakan sejarah manis bagi mereka yang bergraduat.

Suka saya mencadangkan kepada rakan saya pihak MPP dan juga pihak UMT agar dapat mempertimbangkan perkara-perkara ini dapat dilaksanakan sementara masa berbaki masih ada. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan ketika pesta konvo adalah:
  • Jualan mega buku-buku akademik atau bacaan ringan.
  • Pameran hasil penyelidikan staf-staf akademik.
  • Pameran hasil penyelidikan pelajar universiti.
  • Menempatkan diskusi figura dalam pelbagai bidang.
  • Memanggil GLC atau mana-mana syarikat untuk menawarkan pekerjaan atau temuduga terbuka.
  • Taklimat untuk graduan ke peringkat pengajian pasca siswazah di dalam atau luar negara.

Jadinya, kami rakyat marhaen UMT amat berharap pihak MPP yang menang bertanding pada pilihan raya kampus tempoh hari tidak menanam tebu di tepi bibir. Sudilah kiranya mempertimbangkan cadangan saya yang serba dhaif ini. Sungguh, sokongan kepada anda semua tidak akan berbelah bahagi kami berikan. Insyaallah.

“meraikan itu tidak SALAH, cara kita meraikan mungkin SALAH, ia sebahagian daripada LUMRAH, maka hendaklah diperBETULkan apa yang menjadi SALAH”

MUHAMMAD RAIMI BIN ABDUL RAUF
Presiden,
Kelab Amatur Intelektual (KAI)
Universiti Malaysia Terengganu


KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

1 comment:

mujahid fillah said...

Assalamualaikum saudara/saudari,..agk trsntuh apbila terdengar nasyid yang mengalunkan intepretasi terhadap Cinta kononnya...bhkan kita tdk tahu akan niat sbnr sesuatu kumpulan nasyid itu buat persmbhn,apakh niat diorang,apakh mtlamat diorng,sbb diorang..mungkin nmpak diorang skadr berhibur kosong,tapi kita x sdr dlm mse yg sma dpt mngurngkn hiburan yg lalai,..bagaimna klu persmbhn pda mlm tu hanya persmbhn yg lagha jew,persmbhn yg jauhkn dri dari tuhan jew,xke lg truk,..klu kita nk ubh sesuatu perkra tu,x boleh skali gus,tetapi ubah la scra slow2,bru lbih berksan dan berpanjangan,..bru masyarkt leh trima dgn baik,..jadi dlm hburan sdmikian,kita selitkn hburan yg berunsur agma serta mndidik jiwa,dlm masa akn datang,kita selitkan lagi byk hiburan sedemikian,sehingga lama kelamaan akan terhapus hiburan yg melalaikn dlm keadaan masyarakat kampus boleh trima,..buknnya mngejut shingga sesetngah phk marah serta tidk boleh trima,..ingat,islam itu indah,penuh klmbutan,..kita ikut rasul kita dlm setiap perkra,..dan jgn mudah bersngka buruk terhdp org yg mnyampaikn kbaikn,..kamu tdk thu niat asal dan tujuan asal yg sbnr,..klu boleh,sblum mmbuat sesuatu kenyataan ataupun sesuatu bahan untuk bacaan umum,tanye dlu,supya xde sangkaan buruk terjdi,..ini skdr luahan,..mintak maaf jika ade sebarang kesilapan,..