SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Thursday 18 October 2012

Eksplorasi Perkongsian Ilmu KAI UMT dan PRSP PSMZA


Alhamdulillah, KAI kini selangkah ke hadapan setelah berjayanya program bersama Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di Dungun, Terengganu di bawah kelolaan Exco Pembangunan Insan (EPI) KAI. Program yang bermula pada 12 dan 13 Oktober 2012 lalu berobjektifkan perkongsian ilmu antara mahasisiwa Kelab Amatur Intelektual UMT bersama PRSP PSMZA  khususnya tentang pengurusan kelab dan organisasi selain untuk merapatkan hubungan antara mahasiswa dan pra-mahasiswa. 

KAI yang turut mempromosikan UMT ke program tersebut sangat berbesar hati kerana diterima baik oleh Unit Kaunseling PSMZA yg diterajui oleh Cik Zurina bt Zakaria dan Puan Siti Fatimah bt Abdul Ghani, kaunselor PSMZA dan anak-anak buahnya sepanjang program tersebut berlangsung. Barisan mahasiswa KAI UMT diketuai oleh Presiden KAI UMT, saudara Muhammad Raimi bin Abdul Rauf dan jumlah mahasiswa KAI UMT yang terlibat dalam program ini adalah seramai 36 orang , 10 lelaki dan 26 perempuan. Manakala penglibatan daripada PRSP PSMZA adalah seramai 40 orang. 

Berbagai slot dan aktiviti berjaya dilaksanakan dengan cemerlang, baik daripada mahasiswa KAI sendiri mahupun daripada PRSP PSMZA. Maklum balas yang diterima sangat positif apabila majoriti mahasiswa UMT terharu melihat kesungguhan sahabat sahabat daripada PSMZA menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari ilmu dan mendapatkan input yang bernas dan idealistik daripada program tersebut. 

Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan bersama dan ukhuwah fillah yang terbina serta hubungan baik yang terjalin antara KAI UMT dan PRSP PSMZA dapat diteruskan kesinambungannya pada masa akan datang. InsyaAllah, moga Allah permudahkan segala urusan kearah kebaikan dan menuju redha-Nya. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus terlibat dengan program ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Kalaulah ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalaulah ada umur yang panjang,
InsyaAllah berjumpa lagi..

 Terima kasih atas segalanya PRSP PSMZA!
Timbalan Pengerusi ISIS merangkap Naib Presiden 2 KAI, saudari Siti Aishah bt Ismail mewakili KAI UMT memberikan tanda penghargaan dan cenderahati kepada Kaunselor PSMZA, Cik Zurina bt Zakaria

Barisan mahasiswa KAI UMT DAN PRSP PSMZA yang hebat dan mantap.



KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: