SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Thursday 22 November 2012

Sharing Moments bersama Pengarah 'Biology Convention 2012'

Sekalung penghargaan diucapkan kepada saudari Nurul Afiqah Hisyam, pengarah 'Biology Convention 2012' kerana telah meluangkan masa bersama kami berkongsi segala pengalaman dan gerak kerja yang diperoleh sepanjang menjayakan program tersebut.

Alhamdulillah pada 21 November 2012 tersebut, banyak manfaat dan input yang telah kami peroleh melalui sesi-sesi pembentangan dan soal jawab selain mendapat pelbagai tips-tips yang berguna dalam mengendalikan sesuatu program. 

Menurutnya, keyakinan itu sesuatu yang perlu dalam mencapai sesuatu matlamat, dan semestinya keyakinan itu tidak akan terlepas daripada mendapat cobaan dan halangan yang harus ditempuh sehingga keyakinan anda yang tidak kenal putus asa pasti akan membuahkan hasil. Selain itu, komunikasi yang baik dalam kalangan ahli sesuatu organisasi sangat perlu dalam memastikan kelicinan suatu gerak kerja.

Melihat kepada kejayaan perlaksanaan ' Biology Convention 2012 ' ini sebagai suatu kejayaan yang besar oleh mahasiswa Biologi Umt, maka kami merasakan suatu inspirasi yang lebih untuk menjayakan program seumpama itu.

Kai juga dalam perancangan untuk menjayakan satu konvensyen mahasiswa Islam 1 Malaysia atau nama lainnya KOMN1S pada Mac 2013 akan datang. Semoga Kai dapat menjayakan program tersebut dengan cemerlangnya InsyaAllah. amin~

Kuda Berlari Dengan Kaki,

Burung Terbang Dengan Sayapnya,
Bila Kamu Punya Mimpi
Kejarlah Dengan Setinggi-tingginya.




Saudari Afiqah(kiri) ditemani rakannya saudari Siti Syafiqah(kanan)memberikan pembentangannya dengan penuh semangat.

Semua mendengar dengan penuh teliti semasa pembentangan dibuat.

Penyampaian cenderahati oleh Naib Presiden 2 Kai, saudari Siti Aishah Binti Ismail


KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: