Alhamdulillah Kelab Amatur Intelektual Universiti
Malaysia Terengganu (KAI UMT) telah berjaya melaksanakan satu program Malam
Munajat Mahasiswa pada 20 Disember 2012 yang lalu dibawah anjuran bersama
Kelab Komputer & Teknologi(COMTECH), Fakulti Perikanan(FICOS), Kelab
Teknologi Maritim(MAX-G), dan Kelab Kemahasiswaan Kimia(KKK). Program yang
dimulakan dengan zikir munajat sekitar jam 6 45 petang itu mendapat jumlah
kehadiran peserta yang amat memberansagkan. Malam Munajat Mahasiswa ini
bertujuan mengajak seluruh warga kampus UMT untuk sama-sama bermunajat dan
bertawakal kepada Ilahi dalam kita sibuk berusaha mengulangkaji pelajaran agar
pada akhirnya kita diberikan yang terbaik buat diri kita. Bersempena dengan
peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang bermula 30 Disember 2012 nanti,
malam itu turut dihadiri penceramah jemputan iaitu Dr Mohd Shaari Abd Rahman,
Timbalan Dekan Akademik Dan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Pengurusan Ekonomi,
Universiti Malaysia Terengganu yang telah menyampaikan ceramah berkenaan
Akademik : Pencapaian atau Kepuasan. Kupasan yang amat menarik memberi serba
sedikit kefahaman dan membuka ruang minda para mahasiswa dan mahasiswi yang
datang agar terus berusaha dan belajar dengan niat yang benar iaitu untuk
mencari keredhaan Allah semata-mata dan tidak mudah berputus asa.
No comments:
Post a Comment