SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Monday 31 December 2012

Presiden KAI kini Pengerusi GAMIS Terengganu





Pada 15 Disember yang lalu, KAI UMT telah di jemput untuk hadir ke satu mesyuarat Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di Gombak yang di anjurkan oleh NGO, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) bagi membincangkan beberapa perkara mengenai mahasiswa, Islam dan Negara Malaysia. Sehubungan dengan itu, KAI UMT telah pun menghantar Presiden KAI UMT, Saudara Muhammad Raimi Bin Abdul Rauf dan juga Setiausaha Agung KAI UMT, Saudara Adly Arif Khairuddin.

Antara perkara yang dibincangkan adalah

  1. Isu kebajikan mahasiswa dan kecelaruan identiti mahasiswa
  2. Biah solehah di universiti
  3. Malaysia harus ada perubahan dlaam sistem pentadbiran


Oleh yang demikian, KAI UMT telah dilantik oleh GAMIS sebagai mewakili  NGO GAMIS cawangan Terengganu bagi menggalas tugas menggerakkan mahasiwa dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat Terengganu. Berikut adalah senarai lantikan yang di putuskan dalam mesyuarat Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) oleh GAMIS di peringkat pusat bagi jawatankuasa GAMIS TERENGGANU:

  1. Pengerusi GAMIS Terengganu: Muhammad Raimi bin Abdul Rauf
  2. Pengerusi SIGMA Terengganu: Siti Aishah Ismail
  3. Setiausaha GAMIS Terengganu: Mohd Adly Arif Khairuddin
  4. Majlis Penerangan GAMIS Terengganu: Mohd Hafizi Mohd Yusof

Tahniah diucapkan kepada mereka yang dilantik.
SIGMA: Sinergi Gerakan Mahasiswi



KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: