Bismillahirrahmanirrahim..
Mati itu kepastian. Maut itu telah tersurat.
Ajal itu akan menjelma dalam sebuah kehidupan. Nyawa itu hak mutlak
Allah. Takut bila tiba saat yang telah ditetapkan itu, masih belum
bersedia. Nauzubillahiminzaalik. Tapi sampai bila kita akan bersedia?
Tahukah kita bagaimana keadaan kita semasa mati nanti? Tahukah kita saat
roh dipisahkan dari badan itu adakah aqidah dan tauhid kita telah
mantap? Detik yang menghampiri lansung tiada petanda yang diberi. Allah
mengetahui setiap nyawa yang dicabut dan diberikan kepada makhluk. Dia
yang mengatur dan menentukan segala-galanya.
Firman Allah:
“Dan
setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai
ketetapan yang telah ditentukan waktunya.” (Ali-Imran: 145)
Allah
memberi peringatan kepada semua makhluk bahawa hidup di atas muka bumi
ini tidak akan selamanya dan bukan untuk keseronokan yang sementara.
Dunia hanya permainan dan senda gurau. Entah esok, entah lusa, mungkin
sebentar sahaja lagi malaikat maut muncul di sisi untuk mengambil nyawa.
Siapa yang tahu?
Tapi manusia hari ini ingkar. Lupa, dan
menafikan kematian itu satu kepastian. Sebab-sebab kematian itu hanyalah
semata-mata musabab yang Allah berikan.Sebab adalah sebagai cara Allah
mencabut nyawa hambaNya. Mati kerana sakit, mati kerana kemalangan. mati
kerana terkejut, itu hanya sebab. Hakikatnya nyawa tetep diambil walau
dengan apa cara sekalipun.
Paling ditakuti, saat mata terlelap untuk
tidur dan beristirehat, saat itu jugalah Allah menjemput roh pulang ke
pangkuannya. Tidur yang disangka hanya sementara rupanya selamanya. Jika
iman di dada sudah kukuh, Ya Allah, Alhamdulillah, Allah sayangkan
kita, tapi jika Allah pun masih belum dikenali, apa guna kita berjumpa
denganNya.
Firman Allah:
“ Allah memegang nyawa (seseorang)
pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia
tidur, maka Dia tahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya
dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh,
pada yang demikian terdapat tanda-tanda (kebesaran) bagi kaum yang
berfikir”
[Az-Zumar :42]
Dan ketika mana ajal menjemput, segala
yang disayangi akan kita tinggalkan dan yang hanya menurut ke dalam
liang lahad hanyalah amal…Apa guna jawatan yang tinggi, apa guna lagi
darjat dan harta, apa guna lagi rupa paras yang hak milikNya. Semua yang
dibangga tak dapat membantu di akhirat.
Allah……
Engkau cabutlah
nyawaku di saat iman aku padaMu membuak-buak.
Ya Allah,
Sesungguhnya
hari kematianku telah tercatat dalam lembaran cerita kehidupanku yang
hanya menjadi milikMu.
Ya Allah,
aku malu bertemuMu dalam keadaan diri
dan hati yang penuh dengan kekotoran ini. Jemputlah aku tatkala aku
bersedia bertemuMu.
Ya Allah,
jika mati itu baik bagiku, maka itulah
yang terbaik untukku.
Jika hidup itu pada ketika ini baik untukku,
biarlah aku terus merasai nikmat dunia yang Engkau sediakan untuk
hambaMu.
Wallahu'alam..
Nurul Sakinah binti Mohd Sofiuddin
Exco Pembangunan Insan KAI UMT
Sarjana Muda Sains Makanan Teknologi Makanan Tahun 3
1 comment:
Salam'alaik....stp yg hidup pasti akan mati...kita kena brsedia menghadapinya, kerna itu, taubat kita sntiasa buat. mga Allah menerima taubat kita semua, aminnn: Entry Terbaru : Sesuci Persahabatan
Post a Comment