SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Saturday 5 January 2013

Munaqasyah KAI bersama ISTU dan GT


Pada 4 Januari 2013 bersamaan 22 Safar 1434H, buat julung- julung kalinya KAI mengadakan rundingan bersama- sama persatuan mahasiswa Islam iaitu GAMIS-Terengganu dan IKRAM Siswa Terengganu Utara (ISTU). Rundingan yang bermula detik jam 9 pagi ini disertai oleh barisan kepimpinan KAI selaku penganjur dan barisan kepimpinan GAMIS-Terengganu yang diketuai oleh saudara Muhammad Raimi b. Abdul Rauf, selaku Pengerusi GAMIS-Terengganu dan juga disertai oleh barisan kepimpinan ISTU yang diketuai oleh saudara Ubaidillah Harith B. Shahrin, Pengerusi ISTU.


Objektif rundingan meja bulat ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan persatuan pelajar Islam, membincangkan gerak kerja Islam yang bersistematik dan tersusun, untuk menggerakkan masyarakat Terengganu untuk sama bahu- membahu dalam mengetengahkan isu semasa dan isu rakyat dan menjadi contoh yang baik untuk tauladan mahasiswa Terengganu.

Semoga dengan rundingan yang diadakan ini tidak berhenti setakat ini tapi akan ada kesinambungan kerjasama diantara KAI, GAMIS-Terengganu dan ISTU untuk kebaikan mahasiswa dan masyarakat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.


"Dan bertolong- tolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa, dan jangan pula kamu bertolong - tolongan dalam perkara dosa dan pelanggaran(ajaran Allah)" (Al Maidah 5:2)

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: