SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Friday 4 January 2013

TAHNIAH MAJLIS KOLEJ SISWA (MKS)

Terang purnama terangi buana,
Musang di rimba sahut-sahutan,
Awal Bismillah pembuka bicara,
Salam Muhibbah saya ucapkan...

Assalamualakum w.b.t saya ucapkan pertama-tama dan selama-lamanya marilah kita sama-sama kita melafazkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya yang memberikan kita berada dalam Islam dan Iman.Selawat serta salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w. atas usaha gigih baginda menyebarkan risalah islam sehingga pada hari ini risalah Islam itu telah sampai pada kita............

       Saidina Umar Ibn Khattab ada mengatakan tiada Islam tanpa organisasi,tiada organisasi tanpa ada kepimpinan,tidak akan ada kepimpinan tanpa ketaatan.Di sini saya selaku Naib Presiden 1 Kelab Amatur Intelektual (KAI) UMT,dan juga mantan ahli Majlis Kolej Kediaman sesi 2011/2012 ingin mengucapkan setinggi tahniah dan sekalung penghargaan kepada sahabat baik saya ,saudara Muhammad Taufiq bin Ismail selaku Yang Dipertua Majlis Kolej Siswa yang baru,saf-saf kepimpinan Majlis Kolej Siswa dan semua ahli Majlis Kolej Siswa atas pelantikan rasmi yang diadakan baru-baru ini.

       Majlis Kolej Siswa adalah badan pelajar yang khususnya menjaga kebajikan mahasiswa yang menetap di dalam Kolej Kediaman.Usaha murni Majlis Kolej Siswa perlulah disokong dan dijayakan bersama agar Kolej Kediaman menjadi satu kawasan atau tempat yang membantu mahasiswa menjalankan aktiviti harian dengan baik dan seimbang.

      Akhir kata,kami dari pihak Kelab Amatur Intelektual (KAI) mengharapkan hubungan yang baik dan erat bersama pihak Majlis Kolej Siswa agar kedua-dua pihak dapat membantu menjaga kebajikan mahasiswa.


   "MAHASISWA INTELEK PEMANGKIN GENERASI BERWAWASAN"


Sekian.....

KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: