Siasatan awal kebakaran bangunan canselori umt sekitar 12 tengah
hari tadi dijangkakan kemungkinan besar disebabkan oleh litar pintas dari alat
penghawa dingin di bilik naib canselor prof. Emeritus dato' dr. Ibrahim bin
komoo. Letupan kecil dari alat tersebut menyebabkan
api marak dan merebak ke bahagian atas bangunan. Difahamkan ketika ini, naib
canselor umt, tiada di tempat kejadian dan sedang bertugas di luar negara
(australia).
Pasukan bomba & penyelamat bertungkus lumus memadamkan
kebakaran dan mengawal keadaan. Difahamkan api marak semula selepas berjaya
dipadamkan.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Namun begitu,
maklumat awal mendapati seorang anggota bomba telah
cedera parah, 2 orang cedera ringan dan seorang lagi patah kaki semasa usaha
memadamkan kebakaran dijalankan.
Sehingga pukul 4.00 p.m tadi, masih ada asap didalam bangunan dan
tidak ada sesiapa yang dibenarkan untuk masuk ke dalam bangunan. Ini disebabkan
oleh bahaya dari bumbung bangunan yang runtuh selepas kebakaran tersebut.
Siasatan dari pihak berkuasa masih giat dijalankan. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment