Pada 3 April yang lalu, Perdana
Menteri Malaysia, Dato` Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan pembubaran
parlimen yang ke 12. Sehubungan dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri juga
dikehendaki membubarkan DUN masing-masing. Maka SPR telah pun bermesyuarat 10
April dan menetapkan tarikh penamaan calon pada 20 April 2013 dan hari mengundi
pada 5 Mei 2013.
Pilihan raya adalah salah satu
perkara yang di tunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Lebih meriah dan menarik daripada
hari raya puasa mahupun hari raya korban. Pilihan raya adalah manifestasi
sokongan rakyat kepada sesebuah parti untuk diberikan mandate dalam mentadbir
Negara seterusnya membawa Negara ke arah yang lebih baik. Sepanjang PRU di
Negara kita, PRU ke 13 kali ini adalah PRU yang paling panas. Melihat kepada
sistem dua parti dalam Negara yang hampir sama kuat dan padu bersaing dalam
merebut kerusi di Putrajaya.
Sebagai anak muda yang di
kategorikan “fresh voters”, kita adalah golongan yang dicari-cari oleh
kedua-dua parti ini. Kerana kali ini, undi anak muda yang akan menentukan siapa
yang akan memerintah Negara pada 6 Mei 2013 ini. Pilihan terletak kepada tangan
kita. Jika kita yang ingin melakukan perubahan, maka kitalah yang berhak
melakukannya. Suara rakyat adalah suara keramat. Anak muda penentu kuasa tadbir
Putrajaya akan datang.
Insyaallah kita lihat apakah
Negara kita punya kuda perang yang baru? Atau akan kekal dengan kuda tua yang
lama? Sama-sama kita saksikan.
Parlimen gugup dibubar,
“gendang telah dipalu”.
Gelombang siswa menjalar
meluru ke pantai syahdu!
MUHAMMAD RAIMI BIN ABDUL RAUF
Presiden,
Kelab Amatur Intelektual UMT
No comments:
Post a Comment