Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Allahu Akbar.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang
mengizinkan kita untuk terus bernafas sehingga ke hari ini dan diberikan
peluang untuk menyambut Hari Raya Idul Fitri 1434H.
Setelah kita menjalani tarbiyah Ramadhan selama sebulan dengan
ibadat seperti puasa, qiam, bacaan al-Quran dan sebagainy
a, kita diperintahkan
untuk menyambut Hari Raya sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan menewaskan
hawa nafsu. Semoga Ramadhan yang akan berlalu itu telah mendidik diri kita
menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmah puasa itu
sendiri.
Taqwa ertinya pelindung. Apa yang dimaksudkan dengan pelindung
ialah pelindung daripada api Neraka. Justeru, apabila masyarakat yang bertaqwa
berjaya diwujudkan hasil daripada tarbiyah di bulan Ramadhan, InsyaAllah tidak
akan berlaku kes-kes tembak menembak sejak akhir-akhir ini dan sebagainya. Ini kerana punca kepada semua
jenayah ini ialah kerana manusia tidak bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wataala.
Hari ini 7
Ogos 2013 M, bersamaan 29 Ramadhan 1434 H menandakan Ramadhan akan meninggalkan
kita tidak lama lagi dan Syawal pula akan menjelang. Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud,
“Bagi orang yang
berpuasa mereka mendapat dua kegembiraan. Satu kegembiraan pada hari menyambut
hari raya dan satu kegembiraan pada hari mereka bertemu dengan Tuhan mereka.”
Kegembiraan
apakah yang dimaksudkan pada hari menyambut hari raya tersebut? Tidak ada
berita yang paling mengembirakan bagi
seorang mukmin melainkan keampunan dan keredhaan Allah. Sesungguhnya Rasulullah pernah
meng’amin’kan doa Jibril seperti mana hadith baginda S.A.W yang bermaksud,
Rasulullah Saw menaiki mimbar (untuk berkhutbah). Menginjak
anak tangga pertama beliau mengucapkan, “ Aamin ” , begitu pula pada anak
tangga kedua dan ketiga. Seusai shalat para sahabat bertanya, “ Mengapa
Rasulullah mengucapkan “ Aamin ”? Beliau lalu menjawab, “ Malaikat Jibril datang dan berkata, “ Kecewa dan rugilah
seorang yang apabila nama mu disebut dan
dia tidak mengucap selawat atas mu ” lalu aku berucap “ Aamin. ”
Kemudian malaikat berkata lagi, “ Kecewa dan rugilah orang
yang berkesempatan hidup bersama
kedua orang tuanya tetapi dia tidak dapat masuk syurga. ” Lalu aku mengucapkan“
aamin ” . Kemudian katanya lagi, “ Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan (hidup) pada bulan Ramadhan
tetapi tidak terampuni dosa-dosanya. ” Lalu aku mengucapkan “ Aamin. ” (HR.
Ahmad)
Sama-samalah kita berdoa dengan penuh
harapan akan kurniaan Keampunan dan Keredhaan daripadaNya. Aamin.
Teman-teman seperjuangan sekalian,
Ramadhan adalah ’dewan perperiksaan’
kehambaan kita kepada Allah manakala
bulan-bulan yang lain adalah bulan ‘tutorial’ dan ‘assignment’ di mana masa untuk memperbaiki
amalan kita untuk menghadapi keputusannya yang bakal kita terima pada Yaum
Ad-Din (hari Pembalasan) kelak.
Sama-samalah kita memohon daripadaNya agar dikurniakan Istiqomah dalam
kehambaan kita kepadaNya sepertimana pada Ramadhan kali ini dan berterusan
sehingga Ramadhan yang akan datang. Tidak hanya terhenti pada 1 Syawal ini.
Saya khuatir amalan kita pada Ramadhan
ini tidak mendapat apa-apa balasan kerana
‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja. Bagaimanakah kita hendak menjawab
sekiranya kita ditanya di hari perhitungan nanti “Kenapakah amalan sekian-sekian kamu ini
hanya ada pada bulan Ramadhan? Ibadah mu itu kerana Aku
kah atau kerana bulan Ramadhan? Adakah Aku tidak ada pada bulan-bualan
lainnya?” dan kalimah yang paling saya risaukan adalah.“Pergilah kamu kepada Ramadhan
yang kamu sembah itu dan mintalah balasan darinya. Disini tiada lagi balasan
untuk kamu.”Naud’zubillah..
Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini
sebagai titik-tolak kepada keyakinan kita bahawa al-Quran dan Sunnah Rasulullah
S.A.W. adalah panduan kita yang hakiki dalam semua segi kehidupan kita.
Marilah juga
kita meraikan hari yang penuh kegembiraan dengan landasan al-Quran dan Sunnah.
Sama-samalah kita mengeratkan silaturrahim dengan penuh kasih sayang dan ikatan
ukhwah yang kuat sesame kita.
Di
kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eid Mubarak kepada
seluruh warga Universiti Malaysia Terengganu, ayah bonda, guru-guru, rakan-rakan,
mohon maaf atas segala kesilapan, kekurangan, keterlanjuran, kelemahan dan sebagainya
dari permulaan perkenalan sehingga sekarang dan hari-hari yang akan datang yang
terbit daripada diri ini.
Selamat Hari
Raya Eid Fitri Maaf Zahir dan Batin, Selamat Dunia Akhirat.
Allahuakbar,
Allahukabar, Allahuakbar.
Ikhlas,
Muhammad
Afiq Syazwan Bin Ismail
Presiden
Kelab Amatur Intelektual (KAI)
Universiti
Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment