SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Monday 13 February 2012

ANTARA KUTUK NABI DAN KUTUK RAJA MELAYU? APAKAH PERASAAN KITA?

Posting Status Dr. Maza tentang Hamzah Kashgari..."mengapa Nabi yang mulia yang engkau pilih untuk dihina? jika pun engkau tidak suka, tidakkah kau tahu bahawa insan wajar menghormati apa yang orang lain rasa..tokoh dan simbol keagungan sebuah agama..memang engkau wajar dibicara..bukan soal daku setuju atau tidak badanmu dipisah dari kepala..tetapi di bumi yang engkau berasal darinya..kembali engkau diadili di sana..kerana engkau telah mengguris luka banyak jiwa..mungkin pendekatan hukum itu tidak mesra..atau aku pun rasa patut ada keluasannya..namun tidak faedahnya tenaga diguna untuk orang sepertimu dibela..jika mereka keras dalam hukuman, engkau pula telah keterlaluan mengguris perasaan..silalah engkau mengadap takdir Tuhan..mungkin dilepaskan..atau menerima hukuman..namun kemaafan Tuhan itu sentiasa terbuka, engkau boleh pohon dan pinta.."






Satu lagi posting Dr. Maza ‎..amat menghairankan bagi mereka yang sensitif apabila raja-raja melayu dihina, tetapi tidak sensitif apabila Nabi s.a.w dihina..apakah menjadi karya yang dihormati dengan memperlekehkan Allah dan NabiNYA?..

Ya… Inilah yang berlaku pada hari ini. Di Malaysia tanah airku, kita melihat orang Melayu akan turun berdemo untuk menunjukkan kesetiaan kepada raja Melayu. Habis pendekar-pendekar a.k.a Mostar turun berdemo. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk menunjukkan belang kononnya dia membawa aspirasi Melayu yang boleh membela Melayu dengan menyanjung tinggi dan unjuk rasa yang mendewa pada raja Melayu. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang mahukan publisiti murahan.




Tetapi sahabatku mahasiswa semua…. Apakah yang terbit di hati kita apabila Nabi kita di caci dan di hina? Sentimen ini yang orang campakkkan kepada kita? Apa yang kita rasa. Nabi sebut, anak-anak muda adalah orang yang membantu perjuanganku. Apakh kita harus berdiam diri?






Kita seboleh mungkin mempertahankan Nabi oleh sebab baginda adalah contoh terbaik sepanjang zaman.


Baru sahaja usai Maulid Nabi… Sudah lupakah kita. Tepuk dada tanya Iman, tepuk dahi, hati mati!





Jom Cinta Nabi!




KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

No comments: