SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Friday, 24 February 2012

Malam Munajat Mahasiswa : Panjatkan doa untuk saudara kita di Syria.

Alhamdulillah, pada malam 23 Februari 2011 bersamaan 2 Rabiulakhir 1433H, KAI telah menganjurkan ceramah mengenai isu di Syria dengan kerjasama dari pihak Majlis Kolej Kediaman (MKK) dan Jawatankuasa Surau al-Irfan.




Isu telah dikupas oleh Dr Mohd Fadzil bin Mohd Akhir, pensyarah di Fakulti Pengurusan Maritim dan Sains Marin (FMSM) Universiti Malaysia Terengganu.

Malam Munajat Mahasiswa (3M) kali ini telah diadakan di surau al-Irfan dan dihadiri sekitar 100 orang pelajar UMT. 

Majlis bermula selepas solat Maghrib dengan bacaan yassin. Seterusnya solat Isyak dan diikuti dengan ceramah dari Dr.Fadzil. Sebelum menutup majlis, para pelajar bersama-sama mendirikan solat sunat hajat berserta bacaan qunut nazilah.

Majlis berakhir sekitar jam 10.30 malam.


Presiden KAI, saudara Omarmokhtar bin Mustapha menyampaikan cenderahati kepada penceramah.








KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

1 comment:

MAJLIS KOLEJ KEDIAMAN 2011/12 said...

Program yang sangat bagus.. teruskan sahabatKAMI KAI..