SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Sunday 12 February 2012

Changes in life - 'turning point'


'Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,nescaya tidak akan ada pendakwah. Dan jika perkara itu berlaku maka akan jadi sikitlah orang yang akan memberi peringatan.'
[Imam Hasan Al Basri]

Saya bukanlah seorang yang arif untuk berbicara tentang penghijrahan (changes in life) dan hidayah yang Allah berikan pada hamba- hambaNya ini. Kerana itu semua dibawah kekuasaan Allah SWT. Tapi saya ingin berkongsi pendapat dengan anda berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya.

Saya bersyukur apabila melihat ramai sahabat- sahabat yang saya kenal mula berubah menjadi seseorang yang lebih baik. Saya kagum dengan mereka kerana saya tahu untuk berhijrah menjadi lebih baik bukan mudah. Ia memerlukan kekuatan yang bukan sedikit. Kerana saya sendiri pernah melalui situasi yang sama. 


Situasi dimana saya terpaksa berhadapan dengan pelbagai reaksi manusia. Situasi dimana saya terpaksa meninggalkan dosa yang sudah sebati dengan jiwa. Apabila kita berubah, bukan semua orang suka. Jadi, kekuatan diri dan sokongan sahabat- sahabat sekeliling sangat- sangat diperlukan agar kita tak terjatuh dan tersungkur buat kali kedua.

Sebab itu, bila hati kita terdetik ingin berubah, berubahlah. Jangan ditangguh. Kerana takut Allah akan menarik balik hidayah itu dari kita. Mohonlah doa pada Allah agar diberi kekuatan untuk berubah. Kalau kita risau kehilangan ramai kawan kerana perubahan kita, ingatlah kita punya Allah  Yang Maha Kuasa. Dia yang mengatur segala- galanya. Dia akan beri sahabat yang lebih baik buat kita. Percaya dan yakinlah dengan Allah.

Tapi, apabila kita sudah berubah jangan lupa untuk terus berdoa agar ditetapkan hati kita untuk terus istiqamah dijalan ini. Tidak mustahil, orang yang dah mendapat petunjuk Allah, kembali ke zaman jahiliyyahnya dahulu. Kan hati manusia ini berbolak- balik? Siapa yang boleh membolak- balikkan hati kita kalau bukan Allah? Jadi kepada Allahlah kita meminta agar ditetapkan hati untuk terus thabat dijalan yang diredhaiNya ini.

Saya sedih bila melihat ada sahabat yang semakin hanyut dengan dunia yang melalaikan ini. Bangga dengan dunia yang sementara ini. Tapi, siapa saya untuk mengeluh dengan apa yang Allah aturkan. Bukankah sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai sahabat mereka untuk membawa mereka menjadi lebih baik? Saya perlu bersama- sama mereka bukan meninggalkan mereka.

Saya percaya yang setiap manusia didunia ini akan melalui ‘turning point’ masing- masing dalam hidup mereka. Kerana kembali kepada Allah itu adalah fitrah. Saya tahu suatu hari nanti mereka akan berubah menjadi lebih baik. Siapa tahu lebih baik dari saya. Tapi, cukupkah kalau kita yang sudah faham akan hakikat ini, sekadar duduk diam dan menunggu mereka untuk berubah? Maka, sudah jadi tanggungjawab kita untuk bersama- sama memahamkan mereka. Jangan meninggalkan mereka bersendirian.


Allah SWT berfirman;
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap- tiap sesuatu. 


[Surah At-Taghaabun:11]


Shakinah Sholehuddin
Exco Tugas-Tugas Khas
Kelab Amatur Intelektual UMT 2011/12



KAI UMT-NURTURING YOUR VISION