SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR BUAT SEMUA MAHASISWA DIPLOMA UMT

Monday 28 May 2012

Kuasa perubahan mahasiswi mula meledak dengan kewujudan ISIS KAI UMT

Pada 26 Mei 2012, ketika berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Amatur Intelektual kali ke 16, bertempat di Kompleks Kuliah Universiti Malaysia Terengganu, buat julung-julung kalinya Kelab Amatur Intelektual (KAI UMT) telah mencatat sejarah tersendiri apabila menerima usul untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas buat mahasiswi  Universiti Malaysia Terengganu di bawah kendalian penuh Timbalan Presiden Kelab Amatur Intelektual, Saudari Siti Ainatul Mardhiah bt Suriadi dengan nama Ikatan Siswi UMT (ISIS KAIUMT).

Kewujudan Ikatan Siswi KAIUMT (ISIS KAIUMT) ini bertujuan untuk menjadi satu platform baru membawa suara mahasiswi serta menjadi agen penggerak untuk mahasiswi bersatu dalam mendepani sebarang isu yang berkaitan dengan mahasiswi kampus khususnya dan wanita amnya secara intelek.

ISIS KAIUMT juga bertujuan untuk menjadi role model dalam membentuk mahasisiwi universiti ke arah yang lebih baik dalam aspek kerohanian serta jati diri yang unggul sekaligus menjalinkan hubungan mahabbah yang akrab dalam kalangan siswi sejajar dengan tuntutan setiap agama supaya mewujudkan tali sillaturrahim sesama manusia.


Pengerusi ISIS KAIUMT
Siti Ainatul Mardhiah bt Suriadi
Sarjana Muda Sains Makanan Teknologi Makanan (Tahun 3)

Timbalan Pengerusi ISIS KAIUMT
Siti Aishah bt Ismail
Sarjana Muda Sains Makanan Teknologi Makanan (Tahun 2)

" Apabila hati diserahkan sepenuhnya kepada Pencipta, kekallah wanita dengan asal penciptaannya. Oleh itu, sejajar dengan tujuan penubuhan ISIS KAIUMT ini, saya berharap agar ISIS dapat melahirkan mahasiswi UMT yang bukan sahaja cakna tentang isu semasa malah berperibadi unggul dengan akhlak dan sahsiah yang cemerlang seterusnya mewujudkan suasana kampus yang baik dari berbagai sudut kehidupan. " ujar Pengerusi ISIS KAIUMT, Siti Ainatul Mardhiah bt Suriadi ketika diminta mengulas tentang penubuhan ISIS usai majlis tersebut berlangsung.

"Wanita-wanita yang salih (baik) ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya"  [4:34]



KAI UMT-NURTURING YOUR VISION

1 comment:

Sufiana Mohamed said...

assalamu'alaikum...tahniah adik2 pimpinan KAI UMT. teruskan berkreativiti dalam berdakwah, tunjangi dengan ikhlas lillah, mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan, yg sukar akn menjadi mudah, yang berat akn dirasakan ringan. InsyaAllah....: Entry Terbaru : Tanda-tanda Orang Yang Riya'